sekadar gambar hiasan, eheheheh |
Habis bersungkai, nahhh start rasa bloated berabis. Sendawa rasa pedas-pedas jak. Perut rasa mcm 'berempah' semacam, kan? Itulah yang biasa akan terjadi kalau kita overeat dengan makanan-makanan yang berat, pedas & berempah, tapi sedapppppp, eheheheheh.
adoiiiiii! |
~ Pastikan berbuka dengan makanan yang light dahulu, seperti dengan tamar, atau segelas air manisan, atau buah-buahan atau dengan kuih-muih.
~ Sediakan segelas minuman panas dahulu untuk menghangatkan perut yang kosong. Seperti milo, nestum, horlicks. Dan kalau boleh elakkan minuman seperti kopi atau teh.
~ Setelah perut sudah terisi, samada boleh menunaikan solat maghrib atau menjamah sedikit makanan untuk berbuka tadi. Tetapi pastikan kita makan dalam jumlah yang sedikit dulu yaa.
~ Setelah selasai bersolat, bolehlah makan lagi untuk round 2 sebelum berterawih; tapi pastikan juga anda jangan makan dengan laju dan elakkan menjadi terlalu kenyang.
~ Sebelum meninggalkan rumah untuk ke masjid, pastikan minum segelas air suam atau susu suam untuk meneutralkan asid dalam perut. Ini adalah kerana makanan pedas-pedas & berempah memerlukan perut kita untuk bekerja lebih sedikit, demi mencernakan makanan tersebut.
Sekian, tips dikongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri. Hehe... semoga bermanfaat! Setelah mengamalkan cara-cara diatas, alhamdulillah, tiada lagi senak selepas berbuka dengan kerabu mangga. Eat in small portion.
Suzuraini
SID 948575
No comments:
Post a Comment