Thursday, March 7, 2019

Tempat tinggal di Osaka

REVIEW: - Hotel Raizan South, Osaka.

Ni sharing saya tentang Hotel Raizan South, Osaka. Trip saya sekeluarga adalah pada hujung September 2018.

Flight kami landed jam 9.40pm & naik tren ke Station Shin Immamiya dengan fee 920 yen setiap seorang. Perjalanan mengambil masa dalam 50 minit.

Dari Station Shin Immamiya, berjalan kaki dalam kurang 10 minit then sampai ke Hotel Raizan South. Hotel ni ada juga Hotel Raizan North yaa, not sure apa bezanya, hehe... tapi both dalam 1 bangunan yang sama. In fact check in pun di lobi yang sama.

Ekceli, seperti kebiasaannya, memang kami akan menggunakan servis AirBnb apabila berada di luar Malaysia. Mudah kan, senang masak, senang bergerak di kawasan sendiri... pokoknya bebaslah orang bilang.

Tapi, semenjak pertengahan tahun 2018 ni, syarat untuk menjalankan minpaku (place of stay) di Jepun diperketatkan; di mana, para pemilik rumah adalah diwajibkan untuk memohon kebenaran/ lesen untuk menyewakan premis mereka. In short, kalau kita stay di rumah/ premis yang tidak mempunyai lesen, kemungkinan besar kita akan menghadapi masalah - agak2 lah kan juga kalau kita stay di tempat yang tidak berlesen... begitulah keadaannya.

Study punya study & bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman, in the end, kami berkeputusan untuk memilih hotel ni untuk tempat penginapan di Osaka.

Pintu-pintu Bilik, tolak keluar
Kalau mau tahu, tandas & bilik mandi adalah di luar bilik tidur yaa, hehe... basically, bagi kita, macam stay di hostel lah bah... tidur di bilik jak, selebihnya menggunakan fasiliti berkongsi.

Terdapat 2 jenis bilik apabila stay di sini - samada kita pilih yang Japanese Style (Futon sahaja) atau Western Style (Katil disediakan). Obviously kami pilih yang stail berkatil - 1 Bunk Bed & 1 Single Bed. Dalam bilik ada fridge kecil & TV kecil, lengkap juga dengan aircond of course, dan bilik kami ada 3 tingkap. Ada meja & kerusi kecil juga. Overall, dari segi bilik, it was okay & comfy enough. Tandas berada di setiap tingkat. Juga terdapat Ladies Only Floor - kaler pink gitu!

Common area ada di bawah. Dapur yang sangat lengkap (hurm, talking about that, ndak pasti pulak ada blender atau batu lesung, Lol); tapi cukup serba serbi untuk memasak segala macam masakan harian. Coffee & Tea disediakan setiap pagi with Free flow of Black & Green Tea.

Ada ruangan Computer yang boleh digunakan secara percuma. Internet lumayan laju dan ada Free Wifi juga di bilik.

Dalam Triple Room ada 1 Bunk Bed & 1 Single Bed

Dalam Triple Room ada 1 Bunk Bed & 1 Single Bed
Ruangan mandi juga ada termasuk Onsen. Jangan risau, ada private shower rooms. Jangan kamu tanya cemana pengalaman mandi di kamar mandi jepun ahh, sebab I didn't use it, hahahahah...

Common Area


Cooking & Dining Area
Juga ada ruangan Luggage Area - di mana kita boleh park luggage di hotel (paling lama 2 minggu - FOC) serta ada mesin penimbang juga - buat yang terlajak bershopping!

Shared Shower Rooms. Ada 4 Private Shower Rooms juga

Luggage Room - Free sahaja, up to 3 days (but please check with the hotel again)
Last but not least - Locaton.

Lokasi hotel ini adalah sangat2 berdekatan dengan Stesen Dobutsuen Mae, which is 2 stations away to Namba. Sangat mudah untuk bergerak mansau2. Depan hotel ni juga ada Mega Donki & Family Mart is very nearby.

Would I recommend this place to others. Yes, why not?!

Harga: I paid RM1, 180.00 for us 3 for 6 nights via Booking.com