Monday, June 12, 2017

AYAM MASAK KICAP

Resepi all-time favourite anak dan suami adalah Ayam Masak Kicap.

Dalam seminggu memang anak akan request.

Saya ada dua resepi mudah untuk anda cuba. Stail masakan saya ni memang cukup simple dan mudah untuk dibuat, hehe... Selamat mencuba!

1/ Ayam Kicap Sedap.

Bahan-bahan: - 

Ayam, dipotong mengikut kesukaan masing-masing.
Lada merah, dihiris.
Bawang besar, dihiris.
Sedikit bawang putih, dihiris.
Sedikit rempah kari ayam/ daging.
Minyak untuk menumis.

Kicap - ikut pilihan hati. Saya memilih jenama Enaq (2 jenis, masin dan manis, saya gunakan both) & kicap pekat Cap Ayam.

Sumber gambar: Google

Ubi kentang, dipotong ikut kesukaan.
Tomato, dipotong besar.

Daun ketumbar untuk hiasan.

Cara Masak: - 

Tumis bawang besar, bawang putih & lada sehingga lembut - tidak perlu hingga layu.

Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga naik bau.

Sekarang, masukkan ayam, gaul sehingga sebati, dan masukkan ubi kentang sekali.

Masukkan kicap Enaq masin, kicap Enaq manis & kicap pekat Cap Ayam. Masukkan juga air sebagai kuah. Terpulang pada anda, untuk kuah banyak atau ala kadar sahaja.

Guna api medium, gaul lagi sehingga sebati. 

Boleh seasoned dengan brown sugar.

Biarkan masak sehingga empuk.

Last sekali, taburkan daun ketumbar.

Boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas, sedap!!!

*********************************************************************************

Okay, next saya kongsikan satu lagi resepi kesukaan keluarga...

2/ Soy Chicken with mushroom Suzu's style.

Bahan-bahan: - 

Ayam, potong ikut suka hati.
Bawang besar, dihiris.
Bawang putih, dihiris.
Lobak merah, dipotong kasar.
Mushroom dalam tin. Jenama pilihan saya - semestinya Ayam's Brand, hehe.
Dan, fresh mushroom, seperti cendawan shitake atau apa-apa cendawan basah.

Sedikit lada hitam kasar.

Kicap pekat Cap Ayam & Sos Tiram Maggi.

Caranya sangat mudah sekali.

Tumis bawang besar & bawang putih... setelah lembut, masukkan lobak merah, tumiskan lagi. Waktu ni boleh taburkan sedikit lada hitam.

Masukkan ayam dan mushroom yang telah dipotong dadu/ atau hiris.

Gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram & kicap Cap Ayam, ikut suka hati, boleh seasoned dengan sedikit gula untuk menyeimbangkan rasanya.

Tambah sedikit air.


Biasanya saya tidak buat jenis berkuah, tapi pekat, sedikit kuah sahaja - terpulang pada citarasa anda.

Setelah mendidih di atas ai sederhana, voila, boleh hidangkan!

Enjoy!

No comments:

Post a Comment