Thursday, June 29, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Salam 5 Syawal everyone!

Hehe, Raya kan sebulan...

Tahun ni saya beraya di KK sahaja, bersama ibu & ayah plus my parents in law. What about you people?

Ni Raya kelima saya masih belum masuk kerja lagi, next Monday baru start kerja.

Apa-apa pun masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan & my readers, Maaf Zahir & Batin.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima olehNya dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, amin yra...


Monday, June 19, 2017

ALFALFA COMPLEX & HERBLAX

2 produk keluaran Shaklee yang banyak mendapat tempat di hati pengguna adalah Alfalfa Complex dan Herblax, terutamanya yang mempunyai masalah sembelit.

Pelbagai faktor menjadi penyebab sembelit. Antaranya adalah pengambilan air yang kurang serta gaya pemakanan yang tidak seimbang (kurang serat).

Alfalfa Complex @ RM108.65
Small, 330 tablets @ RM60.95
Alfalfa bermaksud Raja segala makanan dan mempunyai 1001 khasit terhadap badan manusia. 

Ia sangat menarik kerana Alfalfa Complex ni mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, dan ini membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. 

Tahukah anda? Tumbuhan tersebut membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium & klorofil.


Beberapa fungsi utama Alfalfa Complex
Kebaikan Alfalfa Complex termasuklah untuk memastikan usus kita bersih. Di samping membantu mengatasi masalah penghadaman & pencernaan di dalam perut.

Dengan segala nutrisi yang terdapat dalam Alfalfa Complex ini, ia sangat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Jangan tidak tahu, Alfalfa ini juga mempunyai sumber serat yang tinggi. Dengan pengambilan air yang mencukupi, sememangnya Alfalfa ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk membantu anda mengatasi sembelit.

RM60.95
Satu lagi produk yang popular untuk masalah pencernaan adalah Herblax.

Campuran produk ini termasuklah daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Herblax ini juga mampu merangsang pergerakan usus untuk mrlancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. 

Untuk melegakan masalah sembelit yang mungkin terjadi sekali sekala, bolehlah amalkan Herblax.

Di samping pengambilan ejen-ejen detoks di atas, pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang mencukupi serta senaman yang kerap akan menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat.
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk di atas?

Jom hubungi saya di talian 016.811.6579.



Tuesday, June 13, 2017

ATASI SEMBELIT PADA BULAN PUASA

Kali ini saya kongsikan tips untuk mengatasi masalah sembelit, terutamanya di bulan puasa.

Apa maksud sembelit?

Ia bermaksud suatu keadaan di mana seseorang itu melepaskan hajat besar/ membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu

Setiap dari kita mempunyai kebiasaan yang berbeza. Ada yang membuang setiap hari dan ada juga yang membuang setiap 2 atau 3 hari sekali.

Tetapi, jika ada berasa sukar atau sangat jarang membuang air besar, itu maknanya anda mengalami sembelit.


Tips untuk anda adalah seperti berikut: - 

1/ Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari, terutamanya di bulan puasa. 

Kalau lebih sehingga 10 gelas ataupun up to 3L adalah sangat bagus, cuma, kena bersedia untuk kerap kencing lah pulak! Hehe...

Guna cadangan ni yaa - 

2 gelas pada waktu berbuka.

4 gelas di sepanjang malam.

2 gelas pada waktu bersahur.

2/ Banyakkan makan buah atau apa-apa makanan yang high in fibre, kaya dan tinggi serat.

Buah-buah pilihan termasuklah betik yang terkenal untuk melancarkan pembuangan. 

Strawberry juga mengandungi vitamin dan serat yang tinggi untuk pencernaan.

Sama juga dengan aprikot, ia mengandungi serat yang banyak.

Untuk pilihan sayur pulak, , brokoli, bayam dan lobak merah merupakan pilihan yang bagus. 


Personal favorite saya adalah buah pear, apa lagi jenis yang masak ranum dan lembut tu, hidang waktu sejuk-sejuk, sedap!

Seterusnya, saya juga mengamalkan makanan tambahan - Alfalfa Complex dan Ostematrix.

3/ Makanan tambahan.

Bila kita berpuasa, pemakanan kita memang akan kekurangan nutrisi, sebab kita kurang makan kan?

So, setiap malam selepas bersungkai saya akan menelan 6 biji Alfalfa Complex dan sebelum tidur pula 4 biji Ostematrix.

Alhamdulillah, semenjak 3 tahun mengamalkan tips-tips ini, saya tidak lagi mempunyai masalah sembelit.

Hokey kawan-kawan semua, next entry saya akan kongsikan bagaimana kedua-dua makanan tambahan ini membantu saya untuk mengatasi masalah sembelit.

Till then, goodnight everyone and sleep tight... zzz...



Monday, June 12, 2017

AYAM MASAK KICAP

Resepi all-time favourite anak dan suami adalah Ayam Masak Kicap.

Dalam seminggu memang anak akan request.

Saya ada dua resepi mudah untuk anda cuba. Stail masakan saya ni memang cukup simple dan mudah untuk dibuat, hehe... Selamat mencuba!

1/ Ayam Kicap Sedap.

Bahan-bahan: - 

Ayam, dipotong mengikut kesukaan masing-masing.
Lada merah, dihiris.
Bawang besar, dihiris.
Sedikit bawang putih, dihiris.
Sedikit rempah kari ayam/ daging.
Minyak untuk menumis.

Kicap - ikut pilihan hati. Saya memilih jenama Enaq (2 jenis, masin dan manis, saya gunakan both) & kicap pekat Cap Ayam.

Sumber gambar: Google

Ubi kentang, dipotong ikut kesukaan.
Tomato, dipotong besar.

Daun ketumbar untuk hiasan.

Cara Masak: - 

Tumis bawang besar, bawang putih & lada sehingga lembut - tidak perlu hingga layu.

Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga naik bau.

Sekarang, masukkan ayam, gaul sehingga sebati, dan masukkan ubi kentang sekali.

Masukkan kicap Enaq masin, kicap Enaq manis & kicap pekat Cap Ayam. Masukkan juga air sebagai kuah. Terpulang pada anda, untuk kuah banyak atau ala kadar sahaja.

Guna api medium, gaul lagi sehingga sebati. 

Boleh seasoned dengan brown sugar.

Biarkan masak sehingga empuk.

Last sekali, taburkan daun ketumbar.

Boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas, sedap!!!

*********************************************************************************

Okay, next saya kongsikan satu lagi resepi kesukaan keluarga...

2/ Soy Chicken with mushroom Suzu's style.

Bahan-bahan: - 

Ayam, potong ikut suka hati.
Bawang besar, dihiris.
Bawang putih, dihiris.
Lobak merah, dipotong kasar.
Mushroom dalam tin. Jenama pilihan saya - semestinya Ayam's Brand, hehe.
Dan, fresh mushroom, seperti cendawan shitake atau apa-apa cendawan basah.

Sedikit lada hitam kasar.

Kicap pekat Cap Ayam & Sos Tiram Maggi.

Caranya sangat mudah sekali.

Tumis bawang besar & bawang putih... setelah lembut, masukkan lobak merah, tumiskan lagi. Waktu ni boleh taburkan sedikit lada hitam.

Masukkan ayam dan mushroom yang telah dipotong dadu/ atau hiris.

Gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram & kicap Cap Ayam, ikut suka hati, boleh seasoned dengan sedikit gula untuk menyeimbangkan rasanya.

Tambah sedikit air.


Biasanya saya tidak buat jenis berkuah, tapi pekat, sedikit kuah sahaja - terpulang pada citarasa anda.

Setelah mendidih di atas ai sederhana, voila, boleh hidangkan!

Enjoy!

Sunday, June 11, 2017

PENCUCI MUKA NUTRIWHITE

Sebelum ini saya adalah pengguna setia Kose & Shiseido. Rasanya ia adalah lebih bersesuaian dengan bajet serta keadaan kulit saya.

Namun, semenjak tahun lalu, saya telah memberanikan diri untuk bertukar pencuci muka ke: Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleaner.

Pada mulanya memang saya agak teragak-agak, almaklumlah, setelah lebih sepuluh tahun bersama-sama Kose & Shiseido, saya risau sekiranya ia akan mengecewakan.

Tapi... hahahaha, inilah pencuci kegemaran saya dan suami semenjak setahun dulu! Serius, memang membuat hati saya gembira kerana ia adalah salah satu pencuci muka terbaik yang pernah saya gunakan.

Short personal review saya adalah: - 

1/ Ia sangat mampu milik. Harga jualan adalah RM132.50 untuk 150gm.

Lebih kurang harga pencuci muka keluaran Kose, Shiseido & Laneige, kan?

2/ Tiada bau harum yang menyucuk ke hidung. Berbau semulajadi.

3/ Tiada rasa ketat di muka setelah membilas kulit wajah.

4/ Menjadikan kulit muka lembut & kelihatan bersih secara semulajadi.

5/ Tahan sehingga 3 bulan, bagi penggunaan saya bersama suami, mencuci muka 2 kali sehari. Lama tuuuuuuuu, jimat kan??? 

Kalau seorang sahaja yang menggunakan, agak-agak tahan juga untuk hampir 6 bulan, betul?


Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.

Membersihkan & menyegarkan kulit.

Kandungan rumpai laut yang menanggalkan kotoran & menyingkarkan sel-sel kulit mati.

Alga Hijau yang melembapkan kulit dan membersihkan hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin.

Strawberi Begonia yang mencerahkan dan meratakan tona kulit.

Lembut kepada kulit.

Anda juga berminat??? Jom hubungi saya di talian 016.811.6579 yaa.


Saturday, June 10, 2017

BAGAIMANA MENGAWAL MASALAH KULIT BERMINYAK?

Berminyak sungguh kulit muka, macam boleh goreng telur sudah!

Ada yang berperasaan macam ni sekarang???



No worries, kali ni saya kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan sekaligus mengawal masalah oily skin.

1/ Gunakan pencuci muka yang lembut/ Gentle Cleansing Foam.

Dulu saya selalu berfikir, ohh, kulit berminyak kena guna pencuci muka untuk oily skin lah kan? Saya silap!

Kulit saya akan jadi tambah berminyak.

Justifikasi?

Bahan yang terkandung dalam pencuci muka tersebut seolah-olah memberi signal kepada kulit untuk terus mengeluarkan lebih banyak minyak kerana kulit menjadi extremely kering.

Perlu diketahui, kulit kita memang memerlukan minyak semulajadi untuk tujuan melindungi kulit daripada kekeringan melampau.

Instead, pilihlah skincare yang lembut - Pilihan saya apa-apa yang ada menyebut "Gentle" atau "Hydrating".

Sumber Google
2/ Jangan abaikan rutin asas penjagaan kulit.

Toner & pelembap muka adalah sama pentingnya seperti mencuci muka setiap hari.

Sekali lagi, make sure buat pilihan yang mempunyai ciri-ciri lembut & ringan bahan asasnya. Jangan pilih versi Rich, instead pilih yang mempunyai versi Light.

Langkah-langkah penjagaan kulit muka seperti mencuci muka, menggunakan toner dan pelembap harus dibuat 2 kali sehari. Jangan terlalu over do it kerana bila kulit muka jadi terlalu kering, kita akan perasan, kulit muka akan bertambah berminyak.

Buat secara sederhana sahaja sudah memadai.

Ohh, 1 lagi, gunakan masker muka jenis "Clay" kerana bahan asasnya yang kering.  

Guna masker jenis 'clay'.

3/ Pemakanan sihat.

Kurangkan pengambilan makanan bergoreng. 

Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran.

Minum banyak air masak, at least 3L sehari.


Diharap tips-tips di atas boleh membantu anda!

Thursday, June 8, 2017

PENGALAMAN AIRBNB

Salam Jumaat buat semua, 14 Ramadhan...

Saya ingin bercerita tetang pengalaman menggunakan perkhidmatan AirBnb sebagai tempat penginapan keluarga.

Kali pertama menggunakan servis tu adalah pada tahun 2015, apabila kami sekeluarga melawat Melbourne sebagai destinasi percutian. Ini juga first time bagi saya menjejakkan kaki ke negara orang puteh/ omputeh/ bule, hehe dan semamangnya pengalaman yang sangat menarik.

Tak sabar rasanya untuk ke Negara Kangaroo lagi, insyaAllah kalini akan membawa keluarga ke Perth pula... nanti saya akan kongsikan cerita di sana yaa kawan-kawan.

Kinda missing you Melbourne!
Okey... kenapa saya pilih untuk stay menggunakan servis AirBnb, kenapa tidak stay di hotel ka, atau di hostel atau di guesthouse mahupun di motel sahaja? Kan banyak pilihan tu...

Saya tetap juga dengan pilihan untuk stay di apartment kerana pertama, saya tengok rumah diorang ni lawa-lawa! Hahahaaaa, boleh?

Contoh apartment idaman, hehe


Dan, biasanya ia lengkap dengan kemudahan dapur serta washing machine. Sudah namanya beruti bersama keluarga, ke tempat mat salleh lagi tu, makan minum sure mahal dan mungkin tidak menepati citarasa anak & orang tua saya, so haruslah saya pilih apartment yang selesa & boleh memasak.

Juga, bila ada washing machine, kan tidak perlu bawa baju banyak-banyak. Boleh jer cuci & di sana kita sudah ada penjimatan, tak perlu bawa banyak baju, instead luggage kita isi dengan barangan shopping, yeayyyyy!

Murah ka mahal???

Pendapat peribadi saya, AirBnb ni lebih murah dari menginap di hotel. Contoh: - 

Waktu trip ke Melbourne tu kami stay untuk 5 malam, di 1 bedroom apartment with 1 extra bed yang samgat selesa, kami hanya membayar RM2500.00. Apartment tu lengkap sebagai sebiji apartment tau, dapur, washing machine & dryer, balcony, 1 full sized bedroom, a living room.

Berbanding harga stay di hotel, kosnya mencecah RM4000++ untuk 2 bilik hotel, no kitchen some more!

Namun, it's all up to your decision and needs & wants. Kalau tidak perlu kemudahan-kemudahan seperti itu, then boleh sahaja stay di hotel atau hostels. Ni kan saya travel dengan parents & anak yang makanannya mau nasi dengan telur & kicap manis ABC, hahahahah...

Bila travel bersama family, saya wajib pastikan ada washing machine serta dapur, sebab ayah saya wajib makan nasi & lauk hari-hari, hehe...

Ohh yaa, satu lagi mau diceritakan, untuk servis AirBnb ni kena guna credit card yaa... so jika credit limit tidak mencukupi atau bayaran tidak lepas, please contact your bank untuk mereke me-release-kan bayaran tersebut.

Di sini, saya kongsikan beberapa gambar, apartment yang kami duduki melalui servis AirBnb ni. Coming soon, insyaAllah di Perth dan Osaka, Japan.

Neo Damansara, Heritage Lane, Feb 2017 - 2 malam dapat price RM200++ sahaja

Internet laju untuk stream movie. Ada kitchenette & 2 toilets. No cooking is allowed in this unit
Jan 2017 - Nusajaya, JB, Condo 3 bilik yang sangat best, selesa untuk kami sekeluarga - Family Trip

5 malam bayar kurang dari RM2, 000.00
2 bedroom apartment in Thamrin City, Jakarta, Oct 2016
One of the nicest apartment that I have stayed... loved it!

Such a cosy living room... 
Kalau ada mau tanya tentang AirBnb ni hola-hola yaa - 016 811 6579.

ATASI KULIT BERMINYAK

Anda mencari penyelesaian untuk kulit berminyak?

Teruskan membaca...


Sewaktu usia saya dalam 20-an saya mengalami masalah oily skin. Dari jauh sudah nampak berkilat... merah-merah di bahagian hidung dan pipi. Arrrghhhh, tensionnya! Sudahlah begitu, tona kulit memang tidak sekata.

Time tu ilmu pengetahuan pun kurang. Nampak sahaja apa-apa skincare untuk kulit berminyak, saya bantai! Namun, kebanyakan masa it only makes it worst! Huhuuuuu...

3 tahun dulu, sejak saya mula mengamalkan pemakanan vitamin Shaklee, saya mulai perasan masalah kulit berminyak saya mulai menjadi okay. Kulit saya kelihatan lebih normal dan percayakah anda, di umur hampir 40 tahun ni, kulit saya jauh lebih sihat dan kelihatan menarik berbanding dulu?

Liang pori saya juga tidak sebesar dulu. Dan, ada juga yang menegur, kulit kelihatan lebih glowing, hehe...

Selain mengamalkan skincare yang lebih sesuai (yang ni saya akan kongsikan di entry yang lain); saya juga rajin telan vitamin semulajadi Shaklee.

Antara yang menjadi makanan harian saya adalah ESP, Vitamin E, SR Vitamin C dan B Complex. Dan, rahsia serta syarat untuk mendapatkan perubahan pada masalah kulit berminyak anda adalah kesabaran & konsisten.


ESP/ Energizing Soy Protein:

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan & perkembangan.

ESP juga mejadi sumber protein utama untuk pembentukan kulit sihat. Juga salah satu rahsia awet muda bagi kaum wanita.


Vitamin E Complex:

Vitamin E merupakan antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik di samping membina sistem imun yang bagus. Salah satu fungsi utama Vitamin E ini adalah untuk mengawal pengeluaran sebum kulit muka.

Dalam erti kata lain, ia mengawal penghasilan minyak pada kulit, termasuk kulit badan & kepala. Ohh, untuk masalah kuli jerawat juga, vitamin E ni sangat mujarab.

Sustained Release Vitamin C: 

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, termasuk untuk kesihatan gusi, gigi & tulang.

Ia juga membantu menegangkan susunan sel kulit. Percaya atau tidak bila saya cakap, bila amalkan SR Vitamin C dengan konsisten, kulit wajah akan kelihatan lebih cerah dengan sekata.

B Complex:

Selain memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel badan, B Complex juga memberi kelembapan kepada kulit muka. Hasilnya, kulit tidak kering tetapi well hydrated & moisturized.

So, saya sudah kongsikan pemakanan tambahan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak anda. Diharap ini dapat memberikan idea untuk anda agar memasukkan vitamin-vitamin ini di dalam penjagaan kesihatan kulit anda.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut?

Hubungi saya di talian 016.811.6579 untuk pesanan & konsultasi selanjutnya.


Tuesday, June 6, 2017

ELAKKAN MAKANAN INI JIKA ADA GASTRIK

Salam 12 Ramadhan...

Harini kita tengok apa pantang larang jika anda diserang gastrik.

1/ Jangan makan makanan yang bergoreng & fast food, termasuk Pizza.

Ini kerana, perut kita memerlukan jus gastrik yang lebih untuk mencernakan makanan-makanan kompleks tersebut. Bayangkan apa kandungan makanan-makanan tu. Tinggi dengan kandungan minyak, daging yang diproses, garam yang berlebihan serta cheese yang banyak.

Walaupun diakui sedap, bawa bersabar dulu yaa... sehingga keadaan perut kita kembali sihat, kenalah kontrol.

Sebaliknya, pilihlah jenis masakan seperti sup ayam dan sup sayur. 

Contoh: Ayam Goreng.
Sumber gambar: Google
2/ Jauhi daging dan daging kambing.

Juga di atas sebab kerana ia lebih sukar dicerna oleh berbanding ikan.

Jika anda memerlukan sumber protein dari daging, pada masa gastrik tu ganti dengan telur atau tauhu.

Sumber gambar: Google
Tauhu adalah pilihan yang lebih sihat dan sedap juga kan?

Yang pastinya, sumber protein dari bukan haiwan adalah lebih mudah dicernakan oleh jus perut kita.









3/ Say NO to makanan bersantan & pedas.

Kalau masak gulai lemak cili api memang menyelerakan, but please avoid buat sementara waktu. Lagi haru kalau sedang dilanda gastrik, perut pun ikut memulas-mulas. Ini kerana lada merupakan jenis buah yang berasid. Ditambah lagi dengan keadaan perut kita yang tidak stabil, memang cannot lah makan lada.


4/ Jauhi minuman kopi & teh.

Kopi dan teh sebenarnya sangat berasid, apatah lagi jika anda peminat kopi pra-campur. Berhentilah dulu, sehingga keadaan perut stabil. Gantikan dengan mengamalkan air masak. Boleh juga buat jus buah, tapi pastikan bukan buah-buahan yang berjenis sitrus, seperti limau atau nenas.




5/ Tidak boleh makan apa-apa jenis kerabu!

Seperti yang kita sedia maklum, bahan utama untuk membuat segala jenis kerabu adalah jus limau atau cuka buatan. Itu memang BISA! Sebab diri sendiri pernah mengalaminya.... huhuuuuu, memang menangis di buc katil. Sakit yang amat ulu hati tu tau! So, sila elakkan yaa.


Baiklah, diharap dengan tips-tips ni, akan dapat membantu melegakan dan mengawal simptom gastrik anda!

Masa Lapangku

I love my Me-Time that i think everyone of us needs it, every once in a while.

Sebagai seorang ibu yang bekerja full time, kadang-kadang mudah untuk menjadi stress, hehe... kejar deadline, layan anak, sediakan makan minum untuk suami. So, bila ada masa terluang, saya isi dengan benda-benda simple yang saya suka buat.

Kalau kebetulan my girlfriends are available or in town, a coffee break dengan diorang is a must!

Sumber gambar: Google
Time ni, sesi curhat bersama-sama good friends, di samping coffee yang sedap dan makanan yang menyelerakan! Kadang-kadang tidak perlu setiap minggu pun, ada kalanya saya hang out with my girlfriends setiap beberapa bulan sekali sahaja.

Then, waktu di pejabat, kalau sudah tension habis, kepala buntu, saya buka Google dan tahu apa saya buat???

Hehe... ni lagi 1 habit yang betul-betul menenangkan minda saya... saya buka website AirAsia, AirBnB dan Booking.com... Muehehe... memang saja-saja cuci mata dan mencari inspirasi untuk travel.


Entah kenapa, memang minat betul dengan AirAsia ni... maybe sebab promosi mereka selalu menarik perhatian saya. Dan, ada 2 jenis makanan feveret saya in flight - Nasi Lemak Pak Nasser & Salted Caramel Biscuit.

Sapa belum try, silalah cuba okey... drooling!


Why AirBnb?

Sebab saya suka tengok rumah cantik-cantik, yang comel-comel, yang menarik... semua ada dalam AirBnb ni. Mungkin juga sebab kalau travel, saya memang menggunakan servis ni, so bila tengok rumah-rumah yang available untuk disewakan ni, saya rasa suka hati.


Again, mencari inspirasi - rumah siapa kita mau stay untuk the next trip, hehe...


Yang last, ni website Booking.Com - boleh tengok macam-macam hotel & hostels di seluruh negara. Again, saja cuci mata gitu! Manalah tau kan, suatu hari nanti, bia sampai ke destinasi tu, tau sudah mana mau stay...

Lepas 5 atau 15 minit cuci mata, kita sambung balik kerja di office. And I would usually feel better afterwards.

Monday, June 5, 2017

ATASI MASALAH GASTRIK SECARA SEMULAJADI

Awal tahun ni saya kena lagi serangan gastrik... huhuuuu, sengsara ohh! Malam tidur tak lena, makan kena kontrol, ulu hati rasa senak dan seperti ada yang tercucuk.

Dan, serangan kali ni adalah kerana saya banyak makan! Haha, yes, makan banyak pun boleh trigger gastrik tau. Balik dari Bangkok, mak mertua masak Gulai Kuning Ayam Cili Api, makan no tengok-tengok kiri kanan, hahahaaa..

Sekali, malam tu bermulalah episod sakit ulu hati... sobssss

Apa maksud gastrik? Mari tengok jadual ni...



Dan, mari tengok lagi punca-punca masalah gastrik ni...


Dan tahukah anda, perubahan hormon & stress juga boleh menyebabkan gastrik. So, sila kawal diri yaa, hehe...

Hokey, selain mengawal pemakanan harian, saya juga ingin menyarankan pengambilan tiga makanan tambahan untuk mengurangkan serta mengawal simptom gastrik anda,

ESP: Juga dikenali sebagai Energizing Soy Protein. Menggunakan sumber kacang soya Non GMO. Pelbagai fungsi ESP ni dan ia juga merupakan salah satu favourite item! 
Untuk problem gastrik, ESP membantu memperbaharui sel permukaan kulit, dan dalam kes ni, lining usus perut yang mengalami keradangan akibat pengeluaran jus gastrik.

Tengok apa kata pengguna...

Seterusnya - Ostematrix: Bagi yang masih lagi mengenalinya, Ostematrix ni merupakan pil kalsium. Namun it has more than that. Ostematrix mengandungi Magnesium, Boron & garam mineral yang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan semua bahan semulajadi dalam Ostematrix ni diserap sepenuhnya oleh badan kita.

Kandungan magnesium itulah yang melegakan simptom sakit ulu hati waktu gastrik tu, disebabkan oleh pengeluaran jus gastrik. Tau kan, 'ubat gastrik' yang berbentuk liquid kaler putih tu? Fungsinya adalah serupa.

Cuma, kadar magnesium di dalam Ostematrix adalah semulajadi dan lebih berkesan.

Ostematrix ni juga telah menjadi my must have. Kalau dulu, pil Histac yang saya bawa ke sana ke mari, now it is Ostematrix! It's that good for me.

Dan yang terakhir, Peppermint Ginger. Sangat berkesan untuk melegakan rasa mual dan rasa sebu/ senak di ulu hati. Baunya harum tau, bau peppermint. En suami suka kunyah terus pil herba ni atau rendamkan di dalam segelas air panas... buat teh katanya, untuk melegakan perut & buang angin, hehe...


Amalkan sentiasa ketiga-tiga ni secara konsisten, terutamanya waktu serangan gastrik tu. Pengalaman saya sendiri, it helps me a lot and many others.

Anda memerlukan produk-produk ini?

Jangan segan silu untuk hubungi saya di talian 016.811.6579 yaa. InsyaAllah saya boleh membantu dengan berkongsi pengalaman dan tips.

Sunday, June 4, 2017

Pengedar Shakee Lintas Luyang, Sabah.

Salam Ramadhan & hai... 

Kali ni kita buat sesi suai kenal, tak kenal maka tak cinta orang cakap kan, hehe... bukanlah tujuan untuk mencari cinta tapi untuk membuahkan bibit-bibit perkenalan antara saya dan anda sekalian.

Nama saya Suzuraini Sularso, akan menginjak usia 38 tahun pada bulan September nanti. Lahir di Hospital Besar Tawau tetapi membesar di Labuan. Pada usia 10 tahun keluarga berpindah ke Sandakan atas sebab tugasan bapa dan seterusnya menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan Lima di SM Sung Siew.

Pollux Vacay - Bangkok Feb 2017
Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Sunway College dan mengambil jurusan Diploma in Hospitality Management. Dan selama 4 tahun seterusnya saya membuat kerja part time di sana dan sini.

If you want to know, saya pernah bekerja selama beberapa bulan di Call Centre Air Asia tau semasa syarikat itu mula-mula beroperasi! Hehe... memang pengalaman yang menarik. 

Dan, jika anda ingin tahu juga, sewaktu tempoh pembelajaran saya di kolej, memang saya didedahkan dengan culture customer service. Iyalah, sudah namanya belajar hospitality kan, hehe... ada cara untuk handle internal & external customers gitu.

Setelah berkahwin, saya dan suami balik ke Kota Kinabalu for good. Dan, saya ingat lagi ada satu masa tu, keluarga mertua ada buat gathering di rumah mereka. Ada buat Shaklee home party! Ya, kali pertama saya mengenali Shaklee adalah pada tahun 2003 dan produk pertama yang mertua belikan untuk saya adalah Lecithin & Vitamin E - tapi saya kurang jelas kenapa & mengapa those 2 products. 

Selepas habis makan kedua-duanya entah di mana lagi mahu mendapatkannya. Lagi-lagi time tu tidak bekerja kan. So it went away just like that...

Kemudian, pada tahun 2014 saya mengalami Carpel Tunnel Syndrome. Waktu tu kan, adik kedua saya baru melahirkan dan dia sedang mengamalkan ESP. Bagus sungguh katanya. 

Mengingatkan pengalaman pertama saya dengan Shaklee, which was Lecithin & Vita E Complex, memang sudah ada kenal dan suka dengan hasilnya, saya start google apa vitamin yang sesuai dengan masalah saya time tu.

Study sikit sana sini, i decided untuk membeli OmegaGuard dan Lecithin, sebab kan waktu tu saya ingat ada high cholesterol. Simptom Carpel Tunnel Syndrome kan sakit tangan serta kebas-kebas. Kemudian saya add on dengan B Complex lagi.

Pada masa yang sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat dari private doctor. Saya diberi ubat mild Parkinson dan setelah 3 bulan makan ubat doktor, i decided to stop and continued with Shaklee instead. Namun, saya tetap consult doktor agar dia tahu perkembangan keadaan saya.

Masuk kali ketiga membeli vitamin, saya berkata dengan adik saya tu, daripada membayar harga retail daripada seller, bagus join member kan. Dapat harga ahli and membership hanya RM65.00 (tanpa GST waktu tu).

Dan, sejak itulah bermulanya perjalanan saya di dalam keluarga besar Shaklee.

Sehingga waktu ini, saya masih setia dengan produk-produk Shaklee serta business plannya kerana saya sendiri telah mengalami Shaklee Effect. Bukan sahaja diri saya, bahkan seluruh keluarga termasuk my parents!

USS - ni sekeluarga telan vitamin Shaklee, hehe

Bercakap mengenai perniagaan Shaklee ni, yang membuatkan saya terus setia dengannya adalah kerana perasaan puas hati & gembira apabila saya berjaya membantu kawan-kawan dan ahli keluarga lain meningkatkan tahap kesihatan mereka, sedikit demi sedikit.

But, why Shaklee? Why not other brands?

Sebab Shaklee merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang semulajadi, berkesan & selamat. Ia juga merupakan syarikat MLM yang sudah lama bertapak di Malaysia yang mematuhi tatacara perniagaan MLM. Plan perniagaan yang tidak menganiaya mana-mana pengedarnya, selagi kita berada on the right track.

So, itulah sedikit sebanyak tentang diri saya untuk perkongsian semua. Hehe...

With my business partner - Shaklee Business Leader National Conference 2017
Salam perkenalan dari saya buat semua! Dan, jangan malu atau segan silu untuk hubungi saya tau berkenaan dengan produk Shaklee mahupun peluang perniagaan bersama Shaklee.