Thursday, February 8, 2018

REVIEW: GM GRAND MOMENTS HOTEL

Hi guys, selamat tengahari semua & salam jumat buat semua.

Kali ini saya ingin berkongsi review tentang GM Grand Moments Hotel, Sunway.

Untuk pengetahuan semua, Jumaat lalu, saya & suami telah melayakkan diri & dijemput ke Sunway Convention Centre untuk menghadiri Shaklee Business Leader Conference 2018.


Tahun lalu, saya & suami stay di Neo Damansara sebab kebetulan ke KL untuk 2 malam dan setelah sekian lama tidak ke area Sunway, pada fikiran saya, Sunway Pyramid tu is just like any regular malls, sebab tu last year duduk Damansara sahaja, untuk senang ke Ikea Damansara & makan, ahahahah!

Tapi untuk tahun ni, kami decided untuk ke KL satu malam sahaja sebab tiada sudah urusan lain kalau stay 2 malam. Fikir punya fikir, takkan mau stay di Damansara pulak?!

Sudahlah stay satu malam sahaja, jauh lagi untuk ambik Uber atau Grab besoknya. Banyak belanja & masa pun terbuang.

Kawan-kawan lain yang attend conference tu tahun lalu stayed di hotel area Sunway tu - GM Grand Moments Hotel dan tahun ni pun akan stay di hotel yang sama.

Sumber Google
Actually, masa book hotel tu saya tidak expect apa pun, asal boleh bersama-sama geng supaya senang bergerak together-gether, heheheh :)

Flight dari KK ke KL Jumaat lalu tu, saya bersama geng plus suami kami, secara kebetulan pilih the same flight, so kami ambik grab jer dari KLIA2 ke hotel, standard fee is RN65.00 (Tol is not inclusive, yang ni kita bayar sendiri). Bagus Grab driver kami tu, friendly orangnya.

Kurang sejam, kami sampai ke lokasi hotel and I was kinda surprised to see the location! It was literally next to Sunway Pyramid! Sangat dekat, sebelah sungguh, jalan kaki 2 minit saja untuk masuk ke Sunway Pyramid. Haha, hadoiiii, kalaulah tau last year bagus jer duduk situ!

Harga Bilik??? Saya gunakan kupon diskaun Traveloka apps dan telah mendapat diskaun sebanyak RM35.00 wahhhh, siok kan. So total bilik deluxe yang kami bayar adalah RM116.00 nett termasuk breakfast untuk dua orang.

Alamat Lokasi: - 
No. 1 & 3, Jalan PJS 11/28B, Bandar Sunway Metro, 
Subang Jaya, Bandar Sunway, Selangor, 
Malaysia, 46150
Phone : +60356212070
Breakfast tu ada pilihan nasi lemak kosong, roti canai 2 keping, roti telur, tosai & roti bakar. Minuman kopi/ teh susu termasuk.

And for someone yang lama amat tidak berkunjung ke Sunway Pyramid, aduhaiiiii, I tell you, banyaknya kedai dalam tu, kedai best-best pulak tu, eheheheheheh.

For my next visit to KL im so gonna jalan-jalan cuci mata di Sunway Pyramid.

Ohh, satu lagi mau share - duirng Conference tu tau ka skincare Youth telah dilancarkan buat semua Business Leaders? Haa, yang tu we share kemudian yaa.

Next time kalau ada urusan di Sunway Pyramid atau di Convention Centre tu, u'olls bolehlah pilih GM Grand Moments Hotel tu sebagai hotel pilihan. Very recommended. Room is in a very decent size, clean & signal tv clear. Water heater & aircond works well. Ada lift juga. Mudah.

Till my next post, tata!




No comments:

Post a Comment