Monday, August 6, 2018

MEE CELUP BANGKOK DI KOTA KINABALU

Hai gaisss... sharing kalini mau cerita pasal kedai makan feveret di Kota Kinabalu. Manalah tau citarasa kita serupa kan, bolehlah kamurang give it a go.

Sumber: Google
Awal tahun ni, selalu nampak kawan post pasal makan di Mee Celup Bangkok ni... nampak macam sedap jak, so... pergi 1st time tu bawa encik suami and ternyata haa, memang ngam di tekak! Mueheheheh... so, yes, kedai makan Mee Celup Bangkok ni berjaya menjadi kedai makan feveret kami untuk tahun ni, aiseh! Hahaaaa...

Lokasi: - Di Sadong. Nama lainnya adalah D'riverside Food Court.

Kalau lalu sana, memang senang dilihat. Sangat mudah untuk dicari.

Masa Mee Celup Bangkok ni mula2 buka dulu, menu standard diorang adalah of course Mee Celup/ as in mee sup, stail masakan Kelantan atau Siam (please correct me if I'm wrong) dan semestinya, Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah. Malangnya nasi kukusnya tu ndak seberapa win - just my personal opinion yaa.

Then setiap waktu diorang akan improved menu di kedai tau. Ada pelbagai lauk dan masakan... segala goreng-gorengan tu ada ~ Nasi Goreng USA, Mee Ladna, Paprik semua tu ada.

Ehh, lupa share! 

Kalau bukan Nasi Kukus yang menjadi my feveret, makan apa di sana??? 

Nasi Kerabu + Gulai Ikan Tongkol = RM9.00
Please please try the Nasi Kerabu! SEDAPPPPPP. Siap dengan serunding ikan lagi tau and ladanya marvelous! Portion untuk Nasi Kerabu Kosong (Harga RM5.00) is very very good, puas hati makan hokey! Feveret ai is Nasi Kerabu Daging Bakar (Harga RM9.00) - Jangan risau, portion sungguh berbaloi & sedap!

Selain dari tu, tom yam segala tu ada juga yaa, memang menu wajib  tu. Ada lauk Daging Kerutuk, Daging Singgang (nah, yang ni my hubby punya super feveret) dan Gulai Ikan Tongkol. Semua sedap-sedap belaka!

Nasi + Singgang Daging

Keropok Lekor RM3.00 per portion - sedap makan panas-panas!
Keropok Lekor + sos cili yang kena serve pun mantapssss gila gais!

Terkini, yours truly ter-berkenan (aih, got such spelling ka? lol) dengan Moi Sup Bangkok (RM8.00). Apa barang tu? Bubur nasi kena served dalam sup dengan segala macam lauk, like ayam + daging + perut +sometimes ada kena kasi paru & ada jeruk bawang atau halia + telur masin. Sedap, simple & cukup rasa. Boleh minta simpan lada kalau mau lagi power, muehehehe.  Ada kawan pernah beritahu - Nasi Air, nama panggilan lain.

Moi Sup Bangkok RM8.00
So gais, sesiapa yang sudah start kepingin mau makan di sana, sila try, hehehe... diorang buka for lunch all the way until 10.00pm ;p

Enjoy your makan!

No comments:

Post a Comment