Tuesday, June 13, 2017

ATASI SEMBELIT PADA BULAN PUASA

Kali ini saya kongsikan tips untuk mengatasi masalah sembelit, terutamanya di bulan puasa.

Apa maksud sembelit?

Ia bermaksud suatu keadaan di mana seseorang itu melepaskan hajat besar/ membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu

Setiap dari kita mempunyai kebiasaan yang berbeza. Ada yang membuang setiap hari dan ada juga yang membuang setiap 2 atau 3 hari sekali.

Tetapi, jika ada berasa sukar atau sangat jarang membuang air besar, itu maknanya anda mengalami sembelit.


Tips untuk anda adalah seperti berikut: - 

1/ Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari, terutamanya di bulan puasa. 

Kalau lebih sehingga 10 gelas ataupun up to 3L adalah sangat bagus, cuma, kena bersedia untuk kerap kencing lah pulak! Hehe...

Guna cadangan ni yaa - 

2 gelas pada waktu berbuka.

4 gelas di sepanjang malam.

2 gelas pada waktu bersahur.

2/ Banyakkan makan buah atau apa-apa makanan yang high in fibre, kaya dan tinggi serat.

Buah-buah pilihan termasuklah betik yang terkenal untuk melancarkan pembuangan. 

Strawberry juga mengandungi vitamin dan serat yang tinggi untuk pencernaan.

Sama juga dengan aprikot, ia mengandungi serat yang banyak.

Untuk pilihan sayur pulak, , brokoli, bayam dan lobak merah merupakan pilihan yang bagus. 


Personal favorite saya adalah buah pear, apa lagi jenis yang masak ranum dan lembut tu, hidang waktu sejuk-sejuk, sedap!

Seterusnya, saya juga mengamalkan makanan tambahan - Alfalfa Complex dan Ostematrix.

3/ Makanan tambahan.

Bila kita berpuasa, pemakanan kita memang akan kekurangan nutrisi, sebab kita kurang makan kan?

So, setiap malam selepas bersungkai saya akan menelan 6 biji Alfalfa Complex dan sebelum tidur pula 4 biji Ostematrix.

Alhamdulillah, semenjak 3 tahun mengamalkan tips-tips ini, saya tidak lagi mempunyai masalah sembelit.

Hokey kawan-kawan semua, next entry saya akan kongsikan bagaimana kedua-dua makanan tambahan ini membantu saya untuk mengatasi masalah sembelit.

Till then, goodnight everyone and sleep tight... zzz...



No comments:

Post a Comment