Saturday, October 29, 2016

Resepi Mudah - Pasta Masak Merah

Hello & As Salam buat semua!

Sebelum sambung perkongsian, saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Diwali 2016 buat semua yang menyambutnya dan selamat bercuti buat semua.

Best tu, ada Free cuti sekolah dari semalam, 28hb Oktober hingga 1hb November gitu! Best! Senang hati mak bapa, hahaaaaa...

Okay, hari ni saya ingin berkongsi resepi simple dan sedap untuk keluarga. Anak-anak gerenti suka, hehe sebab anak dan anak-anak saudara semua suka banget dengan masakan mudah pasta saya ni.

Nama masakan diberi: -

Pasta Masak Merah. Very easy to make & tasty.

Jenis-jenis pasta yang boleh dijadikan pilihan.

Okay, 1st saya kongsikan bahan-bahannya. Ini ikut kesukaan masing-masing okay, termasuk jenama bahan tersebut.

1 paket pasta pilihan. Spaghetti boleh. Macaroni boleh, Penne pun boleh. Your choice. Direbus sehingga al dente.
1 tin canned mushroom * saya gunakan Ayam's Brand - cubed or sliced
Carrot/ Lobak - cubed or sliced
1 biji bawang besar - cubed
4 ulas bawang putih - crushed
Bell Pepper * optional - cubed

1 paket daging cincang (minced meat) - any brands, any sorts of meat * saya guna Ramli atau Saudi atau kadang-kadang lean meat beli di Pick N Pay

1 botol ketchup/ sos tomato * saya guna Maggi
Sedikit brown sugar
Beef stock cube * saya beli jenama Maggi waktu di Jakarta

Minyak untuk menumis * saya menggunakan Olive Oil. Minyak masak biasa okay saja.

Seasoning: -
Salt & Black Pepper
Italian Herbs
Allspice
Serbuk kari

Tumis bawang besar, bawang putih, carrot & button mushroom

Now, 1st step...

Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu bersama-sama bawang putih, lobak merah & button mushroom yang telah dihiris atau dipotong kecil/ dadu.

Tumis sehingga seakan-akan layu & bau naik.

Masukkan sedikit garam & lada hitam. Gaul sebati.

Masukkan daging, sos tomato dan semua bahan perisa
Seterusnya, masukkan daging cincang tadi. Goreng sebentar sehingga masak. Gunakan api sederhana sahaja.

Waktu ni, tambah segala bahan perisa yang diperlukan. Sedikit serbuk kari, Allspice, sos tomato, stok daging, sedikit gula perang dan air * ikut citarasa.

Biarkan dalam 10 - 20 minit sehingga kuah/ sos menjadi sedikit pekat (api sederhana kecil, keep on stirring too). Jika suka kuah banyak boleh tambah air. Saya & family suka sedikit berkuah sebab boleh cicah dengan dinner roll! Hehe...

Rangkaian seasoning yang saya gunakan
Pada masa yang sama, tos pasta yang telah dimasak tadi - biasanya saya akan tambahkan sedikit garam sewaktu merebus pasta dan setelah siap di-tos, saya akan taburkan dengan Italian Herbs.

Tos dan taburkan sedikit Italian Herbs
Waktu ni, ready untuk tuangkan kuah/ sos yang telah siap dimasak tadi ke dalam pasta.

Masukkan kuah yang telah siap dimasak
Pasta dan kuah - Done!

Gaulkan panas-panas. Maybe warna agak pucat tapi rasa power ohh! Packed with flavour. Sedikit masam, sedikit manis, sedikit pedas.

Masa serve, saya akan taburkan sedikit parmesan cheese & empingan lada untuk suami, untuk rasa lebih oommpph - he likes it very much.

Additional seasoning - Parmesan Cheese & Chili Flakes
Makan time!!!
Tadaa! Voila!

Masakan pasta yang cukup simple kan?

Cuti panjang ni boleh try dan lemme know what you think.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 4, 2016

Omegaguard untuk sekeluarga

Jika ada 1 supplemen yang boleh diambil oleh both parents & anak adalah - Omegaguard.

Minyak ikan premium & tulen - semulajadi, selamat dan berkesan.

Pengalaman terbaik kami suami isteri dengan Omegaguard ni adalah, bila masa Jasmine batuk & berkahak sampai semput dada susah bernafas di malam hari, inilah yg ditelannya.

Biasanya, sehari telan sebiji. 

Bila time batuk berkahak tu telan sehari 2 atau 3 biji - lepas telan tu kan, ndak lama lepas tu memang dia muntah... so kahak tu ikut keluar jugak.

Kira ini mcm 'ubat' pecah kahak utk si Jasmine :)


Bulan oktober ni adalah bulan Promoso Omegaguard. Beli 1 dengan harga RM136.00, beli dua RM260.00 sahaja.

Dapatkan khidmat nasihat atau stok anda dari saya,

Suzuraini - Pengedar Shaklee Luyang
Kota Kinabalu
> 016.811.6579 <
I 948575 I

Sunday, September 25, 2016

Tips Mengawal Stress



Stressed No More!

Harini saya kongsikan beberapa tips pengurusan STRESS! Hehe... bah, lets read on.

1/ Melukis.
Ini adalah salah 1 cara mengekspresikan diri dgn bebas. Lukislah menggunakan apa2 tools, maybe crayon ka or even jari & draw anything. Ada chance juga utk menjadi creative.


2/ Telefon & berbual dgn ibu anda.
Kajian mendapati, dengan mendengar suara ibu, ia mampu mengurangkan tekanan & meningkatkan sejenis hormon yg dipanggil oxytocin - menyumbang kpd perasaan tenang.

3/ Reward yourself.
Walaupun kita rasa tiada kejadian hebat harini atau tiada apa2 yg luar biasa yg telah kita lakukan, go on and reward yourself. Terutamanya apabila kita rasa down & tekanan yg sgt2 teruk. Because no matter what happen, you are worth it.

4/ Look at the nature.
Sekali lagi, kajian menunjukkan dengan melihat alam, ia dapat merehatkan minda. Lihat ombak, titisan hujan atau apa2 jenis dan bentuk keindahan alam semulajadi.


5/ Makanlah makanan yg boleh menghilangkan Stress.
Mesti ramai yg kurang pay attention ni kan pasal benda ni ðŸ˜Š

Try ambil asparagus, avocado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, dark chocolate atau oatmeal. Kesemua makanan ini memberikan kita vitamin yg sgt berguna, di samping itu; Protein, Omega3, Vita C, B2 & E memberikan kesan yg menenangkan.





Cadangan vitamin: ESP, Omegaguard, SR Vita C, BComplex, Vitamin E & Ostematriks.

ESP merupakan sumber protein Non GMO yg lengkap dengan 9 amino asid & berasaskan tumbuh-tumbuhan
SR Vitamin C diperbuat daripada ekstrak jagung Non GMO, oleh itu ia selamat diamalkan oleh mereka yang ada gastrik.


6/ Solat.
Kita sedia maklum, solat itu menenangkan. Berkomunikasilah dgn Allah & curahkan segala apa yg ada di hati kita. Kerana sesungguhnya hati itu milik Dia.


💋💋💋


Saturday, September 17, 2016

Instagram Users! :)

Any IG users here...???

Jom, F4F :)

https://www.instagram.com/suzu_raini/


Killer Set Shaklee

As Salam buat semua... lama tidak bersiaran... InsyaAllah selepas ini DCF & Team akan bersiaran dengan lebih kerap.
So, okay, malam ini saya ingin berkongsi tentang Shaklee Killer Sets kami.
Antara banyak-banyak produk Shaklee kan... tiga item ni merupakan killer sets yang sering dicari oleh kawan-kawan & regular customers.
Secara ringkasnya, fungsi-fungsi produk tersebut adalah seperti dibawah -

VitaLea ~ multivitamin + zat besi + mineral keperluan harian. Ia juga berfungsi untuk melengkapkan nutrisi dalam badan.
ESP ~ sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang Non GMO. Ia bertindak sebagai minuman kesihatan harian di samping menggantikan sel kulit mati.
Omegaguard ~ minyak ikan tulen untuk penjagaan jantung, mengawal kolesterol & sendi. Plus, menjaga sistem imun sekeluarga juga.

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan, boleh hubungi saya di talian 016.811.6579

💖 Suzu - Shaklee User

Tuesday, November 17, 2015

Jangan Makan Ubat

Selalu sangat kalau kita jumpa doktor kena bagi ubat macam-macam kan? Kekadang ubat punya banyak sampai kenyang telan tak payah nak makan nasi lagi dah,

Perasan tak bila doktor cakap antibiotik yang diorang bagi tu mesti habiskan. Tak boleh simpan-simpan. Tau tak kenapa? 

Sebabnya... Kuman tu pandai. Kalau kita ambik antibiotik tak sampai habis, kemungkinan besar kuman yang dalam badan kita tu tak semuanya mati. Yang masih hidup tu akan jadi kebal. Lain kali kita kena sakit yang sama, ubat yang dulu doktor bagi tu lama-lama tak jalan lagi dah. 

Jadi, kita pun pegi la balik kat doktor tu komplen ubat yang dia bagi tak cukup power. Sakit tak pandai baik. Doktor tu pun bagi la ubat yang lagi kick. Kita pun makan la, tapi lepas dua tiga hari sakit dah macam nak hilang-hilang dah kita pun stop makan ubat. 

Itu cerita kita, cuba bayangkan berapa ramai orang yang buat benda sama? Makin lama, makin banyak cucu-cicit kuman yang tak mati tu beranak pinak. Semuanya jadi lagi kebal sampai last last semua ubat pun dah takde effect lagi dah. 

Tak percaya? Boleh baca artikel kat The Star ni Superbugs On The Rise kalau tak percaya. Takut jadinya.

Jadi, macam mana nak elakkan benda-benda macam ni jadi kat kita? Salah satu cara terbaik, JANGAN SELALU MAKAN UBAT DOKTOR. Senang tak? Senang kan? 

Eh tapi kan, kalau dah sakit macam mana nak buat? Kena la kita 'educate' diri kita ni sikit. Sakit tu tak semuanya bahaya. Kalau setakat batuk batuk sikit, selsema sikit tu tak payah la jumpa doktor. Kalau jumpa doktor, confirm kena bagi antibiotik kan? Dah namanya Doktor private, jual ubat tu la cara dia nak buat duit. 

Macam mana pulak nak elakkan jumpa doktor? Jangan la jatuh sakit. Macam mana nak elakkan jatuh sakit? Ha, ini ada tricky sikit. Hakikatnya, chewah... Penyakit ni memang ada di mana-mana. Suka tak suka, hati-hati macam mana pun kadang-kadang memang kita akan kena jugak.

Tapi, walaupun kita tak dapat nak halang dari sakit, kita dapat kurangkan chance untuk jatuh sakit. Vitamin kena cukup. Sebab kalau vitamin dalam badan kurang, antibodi dalam badan pun ikut jadi tak kuat. Kalau badan dah lemah, senang la nak kena penyakit. Ye tak?

Jadi, kalau nak sihat dan kekal sihat, tak nak jumpa doktor selalu makan ubat yang macam-macam jenis, cukupkan la vitamin dalam badan dengan makan makanan yang cukup zat. Kurang kan la makan kat luar tu bukannya sihat sangat pun. Mahal lagi tu. Silap hari bulan, kena keracunan makanan pulak.

Tapi, kalau nak masak sendiri kat rumah pun susah. Tak ada masa sebab sibuk sangat kerja, urus anak etc. etc. etc. pastikan saja pengambilan vitamin tu mencukupi dengan cara makan suplemen Shaklee. Kebetulan saya ni pun ejen pengedar Shaklee :) Harganya berpatutan dan paling penting, ia berkesan....

So, jangan la tunggu lagi. Nak sihat ke nak jumpa doktor? Kalau nak sihat, cari saya ye :)

Kamarul 
SID: 948575







Sunday, July 5, 2015

Bacaan Doa Hujan

As Salam buat semua...

Hari ni, ikut kajian cuaca dan checked up dengan kawan-kawan sana dan sini, khabarnya here and there hujannnn kan... Ada yang hujan dari siang dan belum lagi ada tanda-tanda bakal stop di waktu ini, dan ada tempat yang sudah stop hujan. Apa-apa pun Alhamdulillah, sesungguhnya hujan itu kan rahmat dariNya - juga salah satu waktu mustajab untuk berdoa.

Anyway, semoga kita semua berada di bawah perlindunganNya, pada setiap waktu. Mari kita banyak-banyak memanjatkan doa yang baik-baik, semoga diperkenankan & dimakbulkan olehNya.


Good night semua. Sleep tight, don't let the bed bugs bite!

Xoxo,

Suzuraini
SID 948575