Wednesday, July 1, 2015

Tips untuk mengelak senak perut sewaktu berbuka puasa.

Di musim bulan puasa ini, sememangnya waktu berbuka adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kan? Apalagi kalau banyak makanan sedap-sedap atau yang favorite yang terhidang. Plan mula-mula mahu makan sedikit atau ala kadar sahaja, tapi kalau sudah ada roti jala & kari daging, cemana? Apa lagi kalau ada kerabu mangga atau sambal belimbing kan? Hehe, atau ikan masin tumis lada putih! Ohh tidakkkkkk, silap-silap, memang menambah nasi!

sekadar gambar hiasan, eheheheh

Habis bersungkai, nahhh start rasa bloated berabis. Sendawa rasa pedas-pedas jak. Perut rasa mcm 'berempah' semacam, kan? Itulah yang biasa akan terjadi kalau kita overeat dengan makanan-makanan yang berat, pedas & berempah, tapi sedapppppp, eheheheheh.

adoiiiiii!
Hokey, di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan masalah perut senak: -

~ Pastikan berbuka dengan makanan yang light dahulu, seperti dengan tamar, atau segelas air manisan, atau buah-buahan atau dengan kuih-muih.

~ Sediakan segelas minuman panas dahulu untuk menghangatkan perut yang kosong. Seperti milo, nestum, horlicks. Dan kalau boleh elakkan minuman seperti kopi atau teh.

~ Setelah perut sudah terisi, samada boleh menunaikan solat maghrib atau menjamah sedikit makanan untuk berbuka tadi. Tetapi pastikan kita makan dalam jumlah yang sedikit dulu yaa.

~ Setelah selasai bersolat, bolehlah makan lagi untuk round 2 sebelum berterawih; tapi pastikan juga anda jangan makan dengan laju dan elakkan menjadi terlalu kenyang.

~ Sebelum meninggalkan rumah untuk ke masjid, pastikan minum segelas air suam atau susu suam untuk meneutralkan asid dalam perut. Ini adalah kerana makanan pedas-pedas & berempah memerlukan perut kita untuk bekerja lebih sedikit, demi mencernakan makanan tersebut.

Sekian, tips dikongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri. Hehe... semoga bermanfaat! Setelah mengamalkan cara-cara diatas, alhamdulillah, tiada lagi senak selepas berbuka dengan kerabu mangga. Eat in small portion.

Suzuraini
SID 948575

No comments:

Post a Comment