Sunday, June 4, 2017

Pengedar Shakee Lintas Luyang, Sabah.

Salam Ramadhan & hai... 

Kali ni kita buat sesi suai kenal, tak kenal maka tak cinta orang cakap kan, hehe... bukanlah tujuan untuk mencari cinta tapi untuk membuahkan bibit-bibit perkenalan antara saya dan anda sekalian.

Nama saya Suzuraini Sularso, akan menginjak usia 38 tahun pada bulan September nanti. Lahir di Hospital Besar Tawau tetapi membesar di Labuan. Pada usia 10 tahun keluarga berpindah ke Sandakan atas sebab tugasan bapa dan seterusnya menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan Lima di SM Sung Siew.

Pollux Vacay - Bangkok Feb 2017
Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Sunway College dan mengambil jurusan Diploma in Hospitality Management. Dan selama 4 tahun seterusnya saya membuat kerja part time di sana dan sini.

If you want to know, saya pernah bekerja selama beberapa bulan di Call Centre Air Asia tau semasa syarikat itu mula-mula beroperasi! Hehe... memang pengalaman yang menarik. 

Dan, jika anda ingin tahu juga, sewaktu tempoh pembelajaran saya di kolej, memang saya didedahkan dengan culture customer service. Iyalah, sudah namanya belajar hospitality kan, hehe... ada cara untuk handle internal & external customers gitu.

Setelah berkahwin, saya dan suami balik ke Kota Kinabalu for good. Dan, saya ingat lagi ada satu masa tu, keluarga mertua ada buat gathering di rumah mereka. Ada buat Shaklee home party! Ya, kali pertama saya mengenali Shaklee adalah pada tahun 2003 dan produk pertama yang mertua belikan untuk saya adalah Lecithin & Vitamin E - tapi saya kurang jelas kenapa & mengapa those 2 products. 

Selepas habis makan kedua-duanya entah di mana lagi mahu mendapatkannya. Lagi-lagi time tu tidak bekerja kan. So it went away just like that...

Kemudian, pada tahun 2014 saya mengalami Carpel Tunnel Syndrome. Waktu tu kan, adik kedua saya baru melahirkan dan dia sedang mengamalkan ESP. Bagus sungguh katanya. 

Mengingatkan pengalaman pertama saya dengan Shaklee, which was Lecithin & Vita E Complex, memang sudah ada kenal dan suka dengan hasilnya, saya start google apa vitamin yang sesuai dengan masalah saya time tu.

Study sikit sana sini, i decided untuk membeli OmegaGuard dan Lecithin, sebab kan waktu tu saya ingat ada high cholesterol. Simptom Carpel Tunnel Syndrome kan sakit tangan serta kebas-kebas. Kemudian saya add on dengan B Complex lagi.

Pada masa yang sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat dari private doctor. Saya diberi ubat mild Parkinson dan setelah 3 bulan makan ubat doktor, i decided to stop and continued with Shaklee instead. Namun, saya tetap consult doktor agar dia tahu perkembangan keadaan saya.

Masuk kali ketiga membeli vitamin, saya berkata dengan adik saya tu, daripada membayar harga retail daripada seller, bagus join member kan. Dapat harga ahli and membership hanya RM65.00 (tanpa GST waktu tu).

Dan, sejak itulah bermulanya perjalanan saya di dalam keluarga besar Shaklee.

Sehingga waktu ini, saya masih setia dengan produk-produk Shaklee serta business plannya kerana saya sendiri telah mengalami Shaklee Effect. Bukan sahaja diri saya, bahkan seluruh keluarga termasuk my parents!

USS - ni sekeluarga telan vitamin Shaklee, hehe

Bercakap mengenai perniagaan Shaklee ni, yang membuatkan saya terus setia dengannya adalah kerana perasaan puas hati & gembira apabila saya berjaya membantu kawan-kawan dan ahli keluarga lain meningkatkan tahap kesihatan mereka, sedikit demi sedikit.

But, why Shaklee? Why not other brands?

Sebab Shaklee merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang semulajadi, berkesan & selamat. Ia juga merupakan syarikat MLM yang sudah lama bertapak di Malaysia yang mematuhi tatacara perniagaan MLM. Plan perniagaan yang tidak menganiaya mana-mana pengedarnya, selagi kita berada on the right track.

So, itulah sedikit sebanyak tentang diri saya untuk perkongsian semua. Hehe...

With my business partner - Shaklee Business Leader National Conference 2017
Salam perkenalan dari saya buat semua! Dan, jangan malu atau segan silu untuk hubungi saya tau berkenaan dengan produk Shaklee mahupun peluang perniagaan bersama Shaklee.

No comments:

Post a Comment