Saturday, June 10, 2017

BAGAIMANA MENGAWAL MASALAH KULIT BERMINYAK?

Berminyak sungguh kulit muka, macam boleh goreng telur sudah!

Ada yang berperasaan macam ni sekarang???



No worries, kali ni saya kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan sekaligus mengawal masalah oily skin.

1/ Gunakan pencuci muka yang lembut/ Gentle Cleansing Foam.

Dulu saya selalu berfikir, ohh, kulit berminyak kena guna pencuci muka untuk oily skin lah kan? Saya silap!

Kulit saya akan jadi tambah berminyak.

Justifikasi?

Bahan yang terkandung dalam pencuci muka tersebut seolah-olah memberi signal kepada kulit untuk terus mengeluarkan lebih banyak minyak kerana kulit menjadi extremely kering.

Perlu diketahui, kulit kita memang memerlukan minyak semulajadi untuk tujuan melindungi kulit daripada kekeringan melampau.

Instead, pilihlah skincare yang lembut - Pilihan saya apa-apa yang ada menyebut "Gentle" atau "Hydrating".

Sumber Google
2/ Jangan abaikan rutin asas penjagaan kulit.

Toner & pelembap muka adalah sama pentingnya seperti mencuci muka setiap hari.

Sekali lagi, make sure buat pilihan yang mempunyai ciri-ciri lembut & ringan bahan asasnya. Jangan pilih versi Rich, instead pilih yang mempunyai versi Light.

Langkah-langkah penjagaan kulit muka seperti mencuci muka, menggunakan toner dan pelembap harus dibuat 2 kali sehari. Jangan terlalu over do it kerana bila kulit muka jadi terlalu kering, kita akan perasan, kulit muka akan bertambah berminyak.

Buat secara sederhana sahaja sudah memadai.

Ohh, 1 lagi, gunakan masker muka jenis "Clay" kerana bahan asasnya yang kering.  

Guna masker jenis 'clay'.

3/ Pemakanan sihat.

Kurangkan pengambilan makanan bergoreng. 

Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran.

Minum banyak air masak, at least 3L sehari.


Diharap tips-tips di atas boleh membantu anda!

No comments:

Post a Comment