Tuesday, June 6, 2017

ELAKKAN MAKANAN INI JIKA ADA GASTRIK

Salam 12 Ramadhan...

Harini kita tengok apa pantang larang jika anda diserang gastrik.

1/ Jangan makan makanan yang bergoreng & fast food, termasuk Pizza.

Ini kerana, perut kita memerlukan jus gastrik yang lebih untuk mencernakan makanan-makanan kompleks tersebut. Bayangkan apa kandungan makanan-makanan tu. Tinggi dengan kandungan minyak, daging yang diproses, garam yang berlebihan serta cheese yang banyak.

Walaupun diakui sedap, bawa bersabar dulu yaa... sehingga keadaan perut kita kembali sihat, kenalah kontrol.

Sebaliknya, pilihlah jenis masakan seperti sup ayam dan sup sayur. 

Contoh: Ayam Goreng.
Sumber gambar: Google
2/ Jauhi daging dan daging kambing.

Juga di atas sebab kerana ia lebih sukar dicerna oleh berbanding ikan.

Jika anda memerlukan sumber protein dari daging, pada masa gastrik tu ganti dengan telur atau tauhu.

Sumber gambar: Google
Tauhu adalah pilihan yang lebih sihat dan sedap juga kan?

Yang pastinya, sumber protein dari bukan haiwan adalah lebih mudah dicernakan oleh jus perut kita.









3/ Say NO to makanan bersantan & pedas.

Kalau masak gulai lemak cili api memang menyelerakan, but please avoid buat sementara waktu. Lagi haru kalau sedang dilanda gastrik, perut pun ikut memulas-mulas. Ini kerana lada merupakan jenis buah yang berasid. Ditambah lagi dengan keadaan perut kita yang tidak stabil, memang cannot lah makan lada.


4/ Jauhi minuman kopi & teh.

Kopi dan teh sebenarnya sangat berasid, apatah lagi jika anda peminat kopi pra-campur. Berhentilah dulu, sehingga keadaan perut stabil. Gantikan dengan mengamalkan air masak. Boleh juga buat jus buah, tapi pastikan bukan buah-buahan yang berjenis sitrus, seperti limau atau nenas.




5/ Tidak boleh makan apa-apa jenis kerabu!

Seperti yang kita sedia maklum, bahan utama untuk membuat segala jenis kerabu adalah jus limau atau cuka buatan. Itu memang BISA! Sebab diri sendiri pernah mengalaminya.... huhuuuuu, memang menangis di buc katil. Sakit yang amat ulu hati tu tau! So, sila elakkan yaa.


Baiklah, diharap dengan tips-tips ni, akan dapat membantu melegakan dan mengawal simptom gastrik anda!

No comments:

Post a Comment