Monday, June 5, 2017

ATASI MASALAH GASTRIK SECARA SEMULAJADI

Awal tahun ni saya kena lagi serangan gastrik... huhuuuu, sengsara ohh! Malam tidur tak lena, makan kena kontrol, ulu hati rasa senak dan seperti ada yang tercucuk.

Dan, serangan kali ni adalah kerana saya banyak makan! Haha, yes, makan banyak pun boleh trigger gastrik tau. Balik dari Bangkok, mak mertua masak Gulai Kuning Ayam Cili Api, makan no tengok-tengok kiri kanan, hahahaaa..

Sekali, malam tu bermulalah episod sakit ulu hati... sobssss

Apa maksud gastrik? Mari tengok jadual ni...



Dan, mari tengok lagi punca-punca masalah gastrik ni...


Dan tahukah anda, perubahan hormon & stress juga boleh menyebabkan gastrik. So, sila kawal diri yaa, hehe...

Hokey, selain mengawal pemakanan harian, saya juga ingin menyarankan pengambilan tiga makanan tambahan untuk mengurangkan serta mengawal simptom gastrik anda,

ESP: Juga dikenali sebagai Energizing Soy Protein. Menggunakan sumber kacang soya Non GMO. Pelbagai fungsi ESP ni dan ia juga merupakan salah satu favourite item! 
Untuk problem gastrik, ESP membantu memperbaharui sel permukaan kulit, dan dalam kes ni, lining usus perut yang mengalami keradangan akibat pengeluaran jus gastrik.

Tengok apa kata pengguna...

Seterusnya - Ostematrix: Bagi yang masih lagi mengenalinya, Ostematrix ni merupakan pil kalsium. Namun it has more than that. Ostematrix mengandungi Magnesium, Boron & garam mineral yang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan semua bahan semulajadi dalam Ostematrix ni diserap sepenuhnya oleh badan kita.

Kandungan magnesium itulah yang melegakan simptom sakit ulu hati waktu gastrik tu, disebabkan oleh pengeluaran jus gastrik. Tau kan, 'ubat gastrik' yang berbentuk liquid kaler putih tu? Fungsinya adalah serupa.

Cuma, kadar magnesium di dalam Ostematrix adalah semulajadi dan lebih berkesan.

Ostematrix ni juga telah menjadi my must have. Kalau dulu, pil Histac yang saya bawa ke sana ke mari, now it is Ostematrix! It's that good for me.

Dan yang terakhir, Peppermint Ginger. Sangat berkesan untuk melegakan rasa mual dan rasa sebu/ senak di ulu hati. Baunya harum tau, bau peppermint. En suami suka kunyah terus pil herba ni atau rendamkan di dalam segelas air panas... buat teh katanya, untuk melegakan perut & buang angin, hehe...


Amalkan sentiasa ketiga-tiga ni secara konsisten, terutamanya waktu serangan gastrik tu. Pengalaman saya sendiri, it helps me a lot and many others.

Anda memerlukan produk-produk ini?

Jangan segan silu untuk hubungi saya di talian 016.811.6579 yaa. InsyaAllah saya boleh membantu dengan berkongsi pengalaman dan tips.

Sunday, June 4, 2017

Pengedar Shakee Lintas Luyang, Sabah.

Salam Ramadhan & hai... 

Kali ni kita buat sesi suai kenal, tak kenal maka tak cinta orang cakap kan, hehe... bukanlah tujuan untuk mencari cinta tapi untuk membuahkan bibit-bibit perkenalan antara saya dan anda sekalian.

Nama saya Suzuraini Sularso, akan menginjak usia 38 tahun pada bulan September nanti. Lahir di Hospital Besar Tawau tetapi membesar di Labuan. Pada usia 10 tahun keluarga berpindah ke Sandakan atas sebab tugasan bapa dan seterusnya menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan Lima di SM Sung Siew.

Pollux Vacay - Bangkok Feb 2017
Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Sunway College dan mengambil jurusan Diploma in Hospitality Management. Dan selama 4 tahun seterusnya saya membuat kerja part time di sana dan sini.

If you want to know, saya pernah bekerja selama beberapa bulan di Call Centre Air Asia tau semasa syarikat itu mula-mula beroperasi! Hehe... memang pengalaman yang menarik. 

Dan, jika anda ingin tahu juga, sewaktu tempoh pembelajaran saya di kolej, memang saya didedahkan dengan culture customer service. Iyalah, sudah namanya belajar hospitality kan, hehe... ada cara untuk handle internal & external customers gitu.

Setelah berkahwin, saya dan suami balik ke Kota Kinabalu for good. Dan, saya ingat lagi ada satu masa tu, keluarga mertua ada buat gathering di rumah mereka. Ada buat Shaklee home party! Ya, kali pertama saya mengenali Shaklee adalah pada tahun 2003 dan produk pertama yang mertua belikan untuk saya adalah Lecithin & Vitamin E - tapi saya kurang jelas kenapa & mengapa those 2 products. 

Selepas habis makan kedua-duanya entah di mana lagi mahu mendapatkannya. Lagi-lagi time tu tidak bekerja kan. So it went away just like that...

Kemudian, pada tahun 2014 saya mengalami Carpel Tunnel Syndrome. Waktu tu kan, adik kedua saya baru melahirkan dan dia sedang mengamalkan ESP. Bagus sungguh katanya. 

Mengingatkan pengalaman pertama saya dengan Shaklee, which was Lecithin & Vita E Complex, memang sudah ada kenal dan suka dengan hasilnya, saya start google apa vitamin yang sesuai dengan masalah saya time tu.

Study sikit sana sini, i decided untuk membeli OmegaGuard dan Lecithin, sebab kan waktu tu saya ingat ada high cholesterol. Simptom Carpel Tunnel Syndrome kan sakit tangan serta kebas-kebas. Kemudian saya add on dengan B Complex lagi.

Pada masa yang sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat dari private doctor. Saya diberi ubat mild Parkinson dan setelah 3 bulan makan ubat doktor, i decided to stop and continued with Shaklee instead. Namun, saya tetap consult doktor agar dia tahu perkembangan keadaan saya.

Masuk kali ketiga membeli vitamin, saya berkata dengan adik saya tu, daripada membayar harga retail daripada seller, bagus join member kan. Dapat harga ahli and membership hanya RM65.00 (tanpa GST waktu tu).

Dan, sejak itulah bermulanya perjalanan saya di dalam keluarga besar Shaklee.

Sehingga waktu ini, saya masih setia dengan produk-produk Shaklee serta business plannya kerana saya sendiri telah mengalami Shaklee Effect. Bukan sahaja diri saya, bahkan seluruh keluarga termasuk my parents!

USS - ni sekeluarga telan vitamin Shaklee, hehe

Bercakap mengenai perniagaan Shaklee ni, yang membuatkan saya terus setia dengannya adalah kerana perasaan puas hati & gembira apabila saya berjaya membantu kawan-kawan dan ahli keluarga lain meningkatkan tahap kesihatan mereka, sedikit demi sedikit.

But, why Shaklee? Why not other brands?

Sebab Shaklee merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang semulajadi, berkesan & selamat. Ia juga merupakan syarikat MLM yang sudah lama bertapak di Malaysia yang mematuhi tatacara perniagaan MLM. Plan perniagaan yang tidak menganiaya mana-mana pengedarnya, selagi kita berada on the right track.

So, itulah sedikit sebanyak tentang diri saya untuk perkongsian semua. Hehe...

With my business partner - Shaklee Business Leader National Conference 2017
Salam perkenalan dari saya buat semua! Dan, jangan malu atau segan silu untuk hubungi saya tau berkenaan dengan produk Shaklee mahupun peluang perniagaan bersama Shaklee.

Monday, December 12, 2016

Makanan tambahan untuk Jasmine

Minggu lalu saya ada berkongsi dengan kawan-kawan FB tentang vitamin untuk budak-budak. Terus ada yang bertanya semalam, perlukah kasi anak-anak makan kesemua vitamin tu?


Saya jawab, vitamin-vitamin ni adalah makanan tambahan untuk semua orang, dan kebetulan all of these are safe and works for children 😊

*** *** *** *** ***
VitaLea for Children: Multivitamin yang boleh dikunyah (chewable) atau dihisap. Fungsi utama adalah untuk membekalkan micro-nutrients for children.

~ 100% vitamin C, D & E
~ Kesemua 8 jenis vitamin B
~ 200mg Kalsium, Magnesium, Zink dan lain-lain

Mealshakes: Membekalkan macro-nutrients, seperti protein. Orang dewasa pun boleh jak ambil MS ni. Sedap. I like - perisa french vanilla. Juga mengelakkan sembelit di kalangan kanak-kanak.

OmegaGuard: Sumber minyak ikan tulen. Sangattttt bagus untuk minda. Ada kandungan EPA & DHA yang sesuai untuk kids. Juga memberi kekebalan sistem imun yang berkesan untuk mereka.

Chew-able Vitamin C: Well, seperti namanya - vitamin C, a do it all vitamin. Budak-budak perlu tau untuk combat cold & flu. Kalau luka & kudis tu cepat kering. Lepas pergi gym, otot cepat recover - ndak lama sakitnya. 

Saya tahu sebab anak saya setiap minggu kena stretch oleh coach dia, hehe 😅

My girl pergi kelas gimnastik di Stadium Likas, fee RM50.00 sebulan. Kelas seminggu sekali. Next year, upgrade kepada twice a week class at RM80.00 monthly.

So, as parents, you can decide which 1 to give to your children. 

I give Jasmine all, except for Mealshakes - sebab she minta puji. Mau campur dalam susu botol baru mau minum... hahahah... i always marah her, sudah 8 tahun pun ada hati lagi minum susu di botol 😂

Mau beli 1 atau beli semua, jangan lupa cari saya wokey.

Sharing is caring 🤗

Tuesday, November 22, 2016

Kekal sihat sepanjang masa

Hi semua... had your lunch? How's your lunch?

Harini, pun macam yesterday, tapau lauk di bawah - makan dengan kawan-kawan office. Tambah nasi 2 kali gitu, hahaha, makan berjemaah, nikmat woo!

Kali ni saya ingin bercerita tentang daya tahan tubuh.

Sistem imunisasi menentukan tahap kesihatan harian kita. Setuju kan? Kalau imuniti kuat, orang sebelah batuk selsema, insyaAllah tidak mudah untuk kita ikut batuk atau selsema. Kalau pun terikut sekali, insyaAllah cepat recover.

Sebelum ni, kami anak beranak kalau sakit memang susah nak buat apa, terlentang saja. Well, manusia biasa kan, tak cukup kebal, haha... sakit atau demam tu normal. Yang tidak normal adalah kalau setiap bulan ada masalah yang sama! Please go and see your doctor!

Setelah 3 tahun lebih mengamalkan SR Vitamin C & Multivitamin setiap hari, dengan sabar dan tekun - bila sakit atau demam, bezanya setelah terbaring tak boleh buat apa 1 hari, esoknya, rasa lebih okay/ ada tenaga & boleh focus untuk menyambung hari-hari seterusnya - walaupun dengan batuk/ selsema/ berat kepala.

Satu lagi rahsia kami sekeluarga - Nutriferon. Yup, Nutriferon ni lah sekarang menjadi pain-killer kami, hehe. You should give this a try - rasa okay jer pon. Saya cakap, rasanya macam gula-gula Horlicks. Hubby cakap rasa macam pure royal jelly. Anak tak cakap apa, sebab saya simpan dalam plain water, hahahaaaa...


Dan yang penting, haruslah 100% semuljadi, berkesan & selamat!

I supposed, when it comes to our immune system, especially for our kids, it's important to invest on some cash for basic supplements; rather than having to pay for clinics' fee & meds/ drugs. Agreed?

As a daughter, wife & a mother, bila tengok orang tersayang jatuh sakit, sedih & susah hati jadinya kan? Bila sakit & cepat sembuh kita jadi orang yang paling gembira 😍

Saya berkeputusan untuk mengambil langkah mengawal sebelum merawat. Alhamdulillah, all is good for now 😊

Monday, November 21, 2016

Harga Sustained Release Vitamin C

Selamat tengahari semua!

Hope all is well...

Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang Vitamin C yang juga dikenali sebagai a do-it-all vitamin. Kalau mahu tahu, SR Vitamin C ni merupakan salah satu vitamin kegemaran saya dan suami.

Banyak faktor yang buat kami suka dengan SR Vitamin C ni.

Of course selain fungsi-fungsi asal vitamin C, untuk kesihatan kulit, kesihatan gusi even untuk masalah kolesterol pun cukup bagus tau! SR Vitamin C ni is certified 100% semulajadi, selamat dan berkesan.

Haa, part selamat dan berkesan tu yang betul buat terpikat!

Selain tu semestinya value for money.

Sebotol Sustained Release Vitamin C ini berharga RM98.05 dan terdapat 180 tablets sebotol.

Anggaran RM0.55 sahaja bagi setiap biji!

Kami suami isteri share sebotol ni bertahan selama 3 bulan. Waktu promosi kami akan beli lebih so, ada chance lah seorang simpan sebotol, hehehe...

Untuk pertanyaan lanjut, jangan segan silu untuk hubungi saya di talian: -

016.811.6579
Suzuraini
[ Pengedar Shaklee Luyang ]


Saturday, October 29, 2016

Resepi Mudah - Pasta Masak Merah

Hello & As Salam buat semua!

Sebelum sambung perkongsian, saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Diwali 2016 buat semua yang menyambutnya dan selamat bercuti buat semua.

Best tu, ada Free cuti sekolah dari semalam, 28hb Oktober hingga 1hb November gitu! Best! Senang hati mak bapa, hahaaaaa...

Okay, hari ni saya ingin berkongsi resepi simple dan sedap untuk keluarga. Anak-anak gerenti suka, hehe sebab anak dan anak-anak saudara semua suka banget dengan masakan mudah pasta saya ni.

Nama masakan diberi: -

Pasta Masak Merah. Very easy to make & tasty.

Jenis-jenis pasta yang boleh dijadikan pilihan.

Okay, 1st saya kongsikan bahan-bahannya. Ini ikut kesukaan masing-masing okay, termasuk jenama bahan tersebut.

1 paket pasta pilihan. Spaghetti boleh. Macaroni boleh, Penne pun boleh. Your choice. Direbus sehingga al dente.
1 tin canned mushroom * saya gunakan Ayam's Brand - cubed or sliced
Carrot/ Lobak - cubed or sliced
1 biji bawang besar - cubed
4 ulas bawang putih - crushed
Bell Pepper * optional - cubed

1 paket daging cincang (minced meat) - any brands, any sorts of meat * saya guna Ramli atau Saudi atau kadang-kadang lean meat beli di Pick N Pay

1 botol ketchup/ sos tomato * saya guna Maggi
Sedikit brown sugar
Beef stock cube * saya beli jenama Maggi waktu di Jakarta

Minyak untuk menumis * saya menggunakan Olive Oil. Minyak masak biasa okay saja.

Seasoning: -
Salt & Black Pepper
Italian Herbs
Allspice
Serbuk kari

Tumis bawang besar, bawang putih, carrot & button mushroom

Now, 1st step...

Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu bersama-sama bawang putih, lobak merah & button mushroom yang telah dihiris atau dipotong kecil/ dadu.

Tumis sehingga seakan-akan layu & bau naik.

Masukkan sedikit garam & lada hitam. Gaul sebati.

Masukkan daging, sos tomato dan semua bahan perisa
Seterusnya, masukkan daging cincang tadi. Goreng sebentar sehingga masak. Gunakan api sederhana sahaja.

Waktu ni, tambah segala bahan perisa yang diperlukan. Sedikit serbuk kari, Allspice, sos tomato, stok daging, sedikit gula perang dan air * ikut citarasa.

Biarkan dalam 10 - 20 minit sehingga kuah/ sos menjadi sedikit pekat (api sederhana kecil, keep on stirring too). Jika suka kuah banyak boleh tambah air. Saya & family suka sedikit berkuah sebab boleh cicah dengan dinner roll! Hehe...

Rangkaian seasoning yang saya gunakan
Pada masa yang sama, tos pasta yang telah dimasak tadi - biasanya saya akan tambahkan sedikit garam sewaktu merebus pasta dan setelah siap di-tos, saya akan taburkan dengan Italian Herbs.

Tos dan taburkan sedikit Italian Herbs
Waktu ni, ready untuk tuangkan kuah/ sos yang telah siap dimasak tadi ke dalam pasta.

Masukkan kuah yang telah siap dimasak
Pasta dan kuah - Done!

Gaulkan panas-panas. Maybe warna agak pucat tapi rasa power ohh! Packed with flavour. Sedikit masam, sedikit manis, sedikit pedas.

Masa serve, saya akan taburkan sedikit parmesan cheese & empingan lada untuk suami, untuk rasa lebih oommpph - he likes it very much.

Additional seasoning - Parmesan Cheese & Chili Flakes
Makan time!!!
Tadaa! Voila!

Masakan pasta yang cukup simple kan?

Cuti panjang ni boleh try dan lemme know what you think.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 4, 2016

Omegaguard untuk sekeluarga

Jika ada 1 supplemen yang boleh diambil oleh both parents & anak adalah - Omegaguard.

Minyak ikan premium & tulen - semulajadi, selamat dan berkesan.

Pengalaman terbaik kami suami isteri dengan Omegaguard ni adalah, bila masa Jasmine batuk & berkahak sampai semput dada susah bernafas di malam hari, inilah yg ditelannya.

Biasanya, sehari telan sebiji. 

Bila time batuk berkahak tu telan sehari 2 atau 3 biji - lepas telan tu kan, ndak lama lepas tu memang dia muntah... so kahak tu ikut keluar jugak.

Kira ini mcm 'ubat' pecah kahak utk si Jasmine :)


Bulan oktober ni adalah bulan Promoso Omegaguard. Beli 1 dengan harga RM136.00, beli dua RM260.00 sahaja.

Dapatkan khidmat nasihat atau stok anda dari saya,

Suzuraini - Pengedar Shaklee Luyang
Kota Kinabalu
> 016.811.6579 <
I 948575 I