Thursday, June 8, 2017

PENGALAMAN AIRBNB

Salam Jumaat buat semua, 14 Ramadhan...

Saya ingin bercerita tetang pengalaman menggunakan perkhidmatan AirBnb sebagai tempat penginapan keluarga.

Kali pertama menggunakan servis tu adalah pada tahun 2015, apabila kami sekeluarga melawat Melbourne sebagai destinasi percutian. Ini juga first time bagi saya menjejakkan kaki ke negara orang puteh/ omputeh/ bule, hehe dan semamangnya pengalaman yang sangat menarik.

Tak sabar rasanya untuk ke Negara Kangaroo lagi, insyaAllah kalini akan membawa keluarga ke Perth pula... nanti saya akan kongsikan cerita di sana yaa kawan-kawan.

Kinda missing you Melbourne!
Okey... kenapa saya pilih untuk stay menggunakan servis AirBnb, kenapa tidak stay di hotel ka, atau di hostel atau di guesthouse mahupun di motel sahaja? Kan banyak pilihan tu...

Saya tetap juga dengan pilihan untuk stay di apartment kerana pertama, saya tengok rumah diorang ni lawa-lawa! Hahahaaaa, boleh?

Contoh apartment idaman, hehe


Dan, biasanya ia lengkap dengan kemudahan dapur serta washing machine. Sudah namanya beruti bersama keluarga, ke tempat mat salleh lagi tu, makan minum sure mahal dan mungkin tidak menepati citarasa anak & orang tua saya, so haruslah saya pilih apartment yang selesa & boleh memasak.

Juga, bila ada washing machine, kan tidak perlu bawa baju banyak-banyak. Boleh jer cuci & di sana kita sudah ada penjimatan, tak perlu bawa banyak baju, instead luggage kita isi dengan barangan shopping, yeayyyyy!

Murah ka mahal???

Pendapat peribadi saya, AirBnb ni lebih murah dari menginap di hotel. Contoh: - 

Waktu trip ke Melbourne tu kami stay untuk 5 malam, di 1 bedroom apartment with 1 extra bed yang samgat selesa, kami hanya membayar RM2500.00. Apartment tu lengkap sebagai sebiji apartment tau, dapur, washing machine & dryer, balcony, 1 full sized bedroom, a living room.

Berbanding harga stay di hotel, kosnya mencecah RM4000++ untuk 2 bilik hotel, no kitchen some more!

Namun, it's all up to your decision and needs & wants. Kalau tidak perlu kemudahan-kemudahan seperti itu, then boleh sahaja stay di hotel atau hostels. Ni kan saya travel dengan parents & anak yang makanannya mau nasi dengan telur & kicap manis ABC, hahahahah...

Bila travel bersama family, saya wajib pastikan ada washing machine serta dapur, sebab ayah saya wajib makan nasi & lauk hari-hari, hehe...

Ohh yaa, satu lagi mau diceritakan, untuk servis AirBnb ni kena guna credit card yaa... so jika credit limit tidak mencukupi atau bayaran tidak lepas, please contact your bank untuk mereke me-release-kan bayaran tersebut.

Di sini, saya kongsikan beberapa gambar, apartment yang kami duduki melalui servis AirBnb ni. Coming soon, insyaAllah di Perth dan Osaka, Japan.

Neo Damansara, Heritage Lane, Feb 2017 - 2 malam dapat price RM200++ sahaja

Internet laju untuk stream movie. Ada kitchenette & 2 toilets. No cooking is allowed in this unit
Jan 2017 - Nusajaya, JB, Condo 3 bilik yang sangat best, selesa untuk kami sekeluarga - Family Trip

5 malam bayar kurang dari RM2, 000.00
2 bedroom apartment in Thamrin City, Jakarta, Oct 2016
One of the nicest apartment that I have stayed... loved it!

Such a cosy living room... 
Kalau ada mau tanya tentang AirBnb ni hola-hola yaa - 016 811 6579.

ATASI KULIT BERMINYAK

Anda mencari penyelesaian untuk kulit berminyak?

Teruskan membaca...


Sewaktu usia saya dalam 20-an saya mengalami masalah oily skin. Dari jauh sudah nampak berkilat... merah-merah di bahagian hidung dan pipi. Arrrghhhh, tensionnya! Sudahlah begitu, tona kulit memang tidak sekata.

Time tu ilmu pengetahuan pun kurang. Nampak sahaja apa-apa skincare untuk kulit berminyak, saya bantai! Namun, kebanyakan masa it only makes it worst! Huhuuuuu...

3 tahun dulu, sejak saya mula mengamalkan pemakanan vitamin Shaklee, saya mulai perasan masalah kulit berminyak saya mulai menjadi okay. Kulit saya kelihatan lebih normal dan percayakah anda, di umur hampir 40 tahun ni, kulit saya jauh lebih sihat dan kelihatan menarik berbanding dulu?

Liang pori saya juga tidak sebesar dulu. Dan, ada juga yang menegur, kulit kelihatan lebih glowing, hehe...

Selain mengamalkan skincare yang lebih sesuai (yang ni saya akan kongsikan di entry yang lain); saya juga rajin telan vitamin semulajadi Shaklee.

Antara yang menjadi makanan harian saya adalah ESP, Vitamin E, SR Vitamin C dan B Complex. Dan, rahsia serta syarat untuk mendapatkan perubahan pada masalah kulit berminyak anda adalah kesabaran & konsisten.


ESP/ Energizing Soy Protein:

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan & perkembangan.

ESP juga mejadi sumber protein utama untuk pembentukan kulit sihat. Juga salah satu rahsia awet muda bagi kaum wanita.


Vitamin E Complex:

Vitamin E merupakan antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik di samping membina sistem imun yang bagus. Salah satu fungsi utama Vitamin E ini adalah untuk mengawal pengeluaran sebum kulit muka.

Dalam erti kata lain, ia mengawal penghasilan minyak pada kulit, termasuk kulit badan & kepala. Ohh, untuk masalah kuli jerawat juga, vitamin E ni sangat mujarab.

Sustained Release Vitamin C: 

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, termasuk untuk kesihatan gusi, gigi & tulang.

Ia juga membantu menegangkan susunan sel kulit. Percaya atau tidak bila saya cakap, bila amalkan SR Vitamin C dengan konsisten, kulit wajah akan kelihatan lebih cerah dengan sekata.

B Complex:

Selain memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel badan, B Complex juga memberi kelembapan kepada kulit muka. Hasilnya, kulit tidak kering tetapi well hydrated & moisturized.

So, saya sudah kongsikan pemakanan tambahan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak anda. Diharap ini dapat memberikan idea untuk anda agar memasukkan vitamin-vitamin ini di dalam penjagaan kesihatan kulit anda.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut?

Hubungi saya di talian 016.811.6579 untuk pesanan & konsultasi selanjutnya.


Tuesday, June 6, 2017

ELAKKAN MAKANAN INI JIKA ADA GASTRIK

Salam 12 Ramadhan...

Harini kita tengok apa pantang larang jika anda diserang gastrik.

1/ Jangan makan makanan yang bergoreng & fast food, termasuk Pizza.

Ini kerana, perut kita memerlukan jus gastrik yang lebih untuk mencernakan makanan-makanan kompleks tersebut. Bayangkan apa kandungan makanan-makanan tu. Tinggi dengan kandungan minyak, daging yang diproses, garam yang berlebihan serta cheese yang banyak.

Walaupun diakui sedap, bawa bersabar dulu yaa... sehingga keadaan perut kita kembali sihat, kenalah kontrol.

Sebaliknya, pilihlah jenis masakan seperti sup ayam dan sup sayur. 

Contoh: Ayam Goreng.
Sumber gambar: Google
2/ Jauhi daging dan daging kambing.

Juga di atas sebab kerana ia lebih sukar dicerna oleh berbanding ikan.

Jika anda memerlukan sumber protein dari daging, pada masa gastrik tu ganti dengan telur atau tauhu.

Sumber gambar: Google
Tauhu adalah pilihan yang lebih sihat dan sedap juga kan?

Yang pastinya, sumber protein dari bukan haiwan adalah lebih mudah dicernakan oleh jus perut kita.









3/ Say NO to makanan bersantan & pedas.

Kalau masak gulai lemak cili api memang menyelerakan, but please avoid buat sementara waktu. Lagi haru kalau sedang dilanda gastrik, perut pun ikut memulas-mulas. Ini kerana lada merupakan jenis buah yang berasid. Ditambah lagi dengan keadaan perut kita yang tidak stabil, memang cannot lah makan lada.


4/ Jauhi minuman kopi & teh.

Kopi dan teh sebenarnya sangat berasid, apatah lagi jika anda peminat kopi pra-campur. Berhentilah dulu, sehingga keadaan perut stabil. Gantikan dengan mengamalkan air masak. Boleh juga buat jus buah, tapi pastikan bukan buah-buahan yang berjenis sitrus, seperti limau atau nenas.




5/ Tidak boleh makan apa-apa jenis kerabu!

Seperti yang kita sedia maklum, bahan utama untuk membuat segala jenis kerabu adalah jus limau atau cuka buatan. Itu memang BISA! Sebab diri sendiri pernah mengalaminya.... huhuuuuu, memang menangis di buc katil. Sakit yang amat ulu hati tu tau! So, sila elakkan yaa.


Baiklah, diharap dengan tips-tips ni, akan dapat membantu melegakan dan mengawal simptom gastrik anda!

Masa Lapangku

I love my Me-Time that i think everyone of us needs it, every once in a while.

Sebagai seorang ibu yang bekerja full time, kadang-kadang mudah untuk menjadi stress, hehe... kejar deadline, layan anak, sediakan makan minum untuk suami. So, bila ada masa terluang, saya isi dengan benda-benda simple yang saya suka buat.

Kalau kebetulan my girlfriends are available or in town, a coffee break dengan diorang is a must!

Sumber gambar: Google
Time ni, sesi curhat bersama-sama good friends, di samping coffee yang sedap dan makanan yang menyelerakan! Kadang-kadang tidak perlu setiap minggu pun, ada kalanya saya hang out with my girlfriends setiap beberapa bulan sekali sahaja.

Then, waktu di pejabat, kalau sudah tension habis, kepala buntu, saya buka Google dan tahu apa saya buat???

Hehe... ni lagi 1 habit yang betul-betul menenangkan minda saya... saya buka website AirAsia, AirBnB dan Booking.com... Muehehe... memang saja-saja cuci mata dan mencari inspirasi untuk travel.


Entah kenapa, memang minat betul dengan AirAsia ni... maybe sebab promosi mereka selalu menarik perhatian saya. Dan, ada 2 jenis makanan feveret saya in flight - Nasi Lemak Pak Nasser & Salted Caramel Biscuit.

Sapa belum try, silalah cuba okey... drooling!


Why AirBnb?

Sebab saya suka tengok rumah cantik-cantik, yang comel-comel, yang menarik... semua ada dalam AirBnb ni. Mungkin juga sebab kalau travel, saya memang menggunakan servis ni, so bila tengok rumah-rumah yang available untuk disewakan ni, saya rasa suka hati.


Again, mencari inspirasi - rumah siapa kita mau stay untuk the next trip, hehe...


Yang last, ni website Booking.Com - boleh tengok macam-macam hotel & hostels di seluruh negara. Again, saja cuci mata gitu! Manalah tau kan, suatu hari nanti, bia sampai ke destinasi tu, tau sudah mana mau stay...

Lepas 5 atau 15 minit cuci mata, kita sambung balik kerja di office. And I would usually feel better afterwards.

Monday, June 5, 2017

ATASI MASALAH GASTRIK SECARA SEMULAJADI

Awal tahun ni saya kena lagi serangan gastrik... huhuuuu, sengsara ohh! Malam tidur tak lena, makan kena kontrol, ulu hati rasa senak dan seperti ada yang tercucuk.

Dan, serangan kali ni adalah kerana saya banyak makan! Haha, yes, makan banyak pun boleh trigger gastrik tau. Balik dari Bangkok, mak mertua masak Gulai Kuning Ayam Cili Api, makan no tengok-tengok kiri kanan, hahahaaa..

Sekali, malam tu bermulalah episod sakit ulu hati... sobssss

Apa maksud gastrik? Mari tengok jadual ni...



Dan, mari tengok lagi punca-punca masalah gastrik ni...


Dan tahukah anda, perubahan hormon & stress juga boleh menyebabkan gastrik. So, sila kawal diri yaa, hehe...

Hokey, selain mengawal pemakanan harian, saya juga ingin menyarankan pengambilan tiga makanan tambahan untuk mengurangkan serta mengawal simptom gastrik anda,

ESP: Juga dikenali sebagai Energizing Soy Protein. Menggunakan sumber kacang soya Non GMO. Pelbagai fungsi ESP ni dan ia juga merupakan salah satu favourite item! 
Untuk problem gastrik, ESP membantu memperbaharui sel permukaan kulit, dan dalam kes ni, lining usus perut yang mengalami keradangan akibat pengeluaran jus gastrik.

Tengok apa kata pengguna...

Seterusnya - Ostematrix: Bagi yang masih lagi mengenalinya, Ostematrix ni merupakan pil kalsium. Namun it has more than that. Ostematrix mengandungi Magnesium, Boron & garam mineral yang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan semua bahan semulajadi dalam Ostematrix ni diserap sepenuhnya oleh badan kita.

Kandungan magnesium itulah yang melegakan simptom sakit ulu hati waktu gastrik tu, disebabkan oleh pengeluaran jus gastrik. Tau kan, 'ubat gastrik' yang berbentuk liquid kaler putih tu? Fungsinya adalah serupa.

Cuma, kadar magnesium di dalam Ostematrix adalah semulajadi dan lebih berkesan.

Ostematrix ni juga telah menjadi my must have. Kalau dulu, pil Histac yang saya bawa ke sana ke mari, now it is Ostematrix! It's that good for me.

Dan yang terakhir, Peppermint Ginger. Sangat berkesan untuk melegakan rasa mual dan rasa sebu/ senak di ulu hati. Baunya harum tau, bau peppermint. En suami suka kunyah terus pil herba ni atau rendamkan di dalam segelas air panas... buat teh katanya, untuk melegakan perut & buang angin, hehe...


Amalkan sentiasa ketiga-tiga ni secara konsisten, terutamanya waktu serangan gastrik tu. Pengalaman saya sendiri, it helps me a lot and many others.

Anda memerlukan produk-produk ini?

Jangan segan silu untuk hubungi saya di talian 016.811.6579 yaa. InsyaAllah saya boleh membantu dengan berkongsi pengalaman dan tips.

Sunday, June 4, 2017

Pengedar Shakee Lintas Luyang, Sabah.

Salam Ramadhan & hai... 

Kali ni kita buat sesi suai kenal, tak kenal maka tak cinta orang cakap kan, hehe... bukanlah tujuan untuk mencari cinta tapi untuk membuahkan bibit-bibit perkenalan antara saya dan anda sekalian.

Nama saya Suzuraini Sularso, akan menginjak usia 38 tahun pada bulan September nanti. Lahir di Hospital Besar Tawau tetapi membesar di Labuan. Pada usia 10 tahun keluarga berpindah ke Sandakan atas sebab tugasan bapa dan seterusnya menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan Lima di SM Sung Siew.

Pollux Vacay - Bangkok Feb 2017
Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Sunway College dan mengambil jurusan Diploma in Hospitality Management. Dan selama 4 tahun seterusnya saya membuat kerja part time di sana dan sini.

If you want to know, saya pernah bekerja selama beberapa bulan di Call Centre Air Asia tau semasa syarikat itu mula-mula beroperasi! Hehe... memang pengalaman yang menarik. 

Dan, jika anda ingin tahu juga, sewaktu tempoh pembelajaran saya di kolej, memang saya didedahkan dengan culture customer service. Iyalah, sudah namanya belajar hospitality kan, hehe... ada cara untuk handle internal & external customers gitu.

Setelah berkahwin, saya dan suami balik ke Kota Kinabalu for good. Dan, saya ingat lagi ada satu masa tu, keluarga mertua ada buat gathering di rumah mereka. Ada buat Shaklee home party! Ya, kali pertama saya mengenali Shaklee adalah pada tahun 2003 dan produk pertama yang mertua belikan untuk saya adalah Lecithin & Vitamin E - tapi saya kurang jelas kenapa & mengapa those 2 products. 

Selepas habis makan kedua-duanya entah di mana lagi mahu mendapatkannya. Lagi-lagi time tu tidak bekerja kan. So it went away just like that...

Kemudian, pada tahun 2014 saya mengalami Carpel Tunnel Syndrome. Waktu tu kan, adik kedua saya baru melahirkan dan dia sedang mengamalkan ESP. Bagus sungguh katanya. 

Mengingatkan pengalaman pertama saya dengan Shaklee, which was Lecithin & Vita E Complex, memang sudah ada kenal dan suka dengan hasilnya, saya start google apa vitamin yang sesuai dengan masalah saya time tu.

Study sikit sana sini, i decided untuk membeli OmegaGuard dan Lecithin, sebab kan waktu tu saya ingat ada high cholesterol. Simptom Carpel Tunnel Syndrome kan sakit tangan serta kebas-kebas. Kemudian saya add on dengan B Complex lagi.

Pada masa yang sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat dari private doctor. Saya diberi ubat mild Parkinson dan setelah 3 bulan makan ubat doktor, i decided to stop and continued with Shaklee instead. Namun, saya tetap consult doktor agar dia tahu perkembangan keadaan saya.

Masuk kali ketiga membeli vitamin, saya berkata dengan adik saya tu, daripada membayar harga retail daripada seller, bagus join member kan. Dapat harga ahli and membership hanya RM65.00 (tanpa GST waktu tu).

Dan, sejak itulah bermulanya perjalanan saya di dalam keluarga besar Shaklee.

Sehingga waktu ini, saya masih setia dengan produk-produk Shaklee serta business plannya kerana saya sendiri telah mengalami Shaklee Effect. Bukan sahaja diri saya, bahkan seluruh keluarga termasuk my parents!

USS - ni sekeluarga telan vitamin Shaklee, hehe

Bercakap mengenai perniagaan Shaklee ni, yang membuatkan saya terus setia dengannya adalah kerana perasaan puas hati & gembira apabila saya berjaya membantu kawan-kawan dan ahli keluarga lain meningkatkan tahap kesihatan mereka, sedikit demi sedikit.

But, why Shaklee? Why not other brands?

Sebab Shaklee merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang semulajadi, berkesan & selamat. Ia juga merupakan syarikat MLM yang sudah lama bertapak di Malaysia yang mematuhi tatacara perniagaan MLM. Plan perniagaan yang tidak menganiaya mana-mana pengedarnya, selagi kita berada on the right track.

So, itulah sedikit sebanyak tentang diri saya untuk perkongsian semua. Hehe...

With my business partner - Shaklee Business Leader National Conference 2017
Salam perkenalan dari saya buat semua! Dan, jangan malu atau segan silu untuk hubungi saya tau berkenaan dengan produk Shaklee mahupun peluang perniagaan bersama Shaklee.

Monday, December 12, 2016

Makanan tambahan untuk Jasmine

Minggu lalu saya ada berkongsi dengan kawan-kawan FB tentang vitamin untuk budak-budak. Terus ada yang bertanya semalam, perlukah kasi anak-anak makan kesemua vitamin tu?


Saya jawab, vitamin-vitamin ni adalah makanan tambahan untuk semua orang, dan kebetulan all of these are safe and works for children ðŸ˜Š

*** *** *** *** ***
VitaLea for Children: Multivitamin yang boleh dikunyah (chewable) atau dihisap. Fungsi utama adalah untuk membekalkan micro-nutrients for children.

~ 100% vitamin C, D & E
~ Kesemua 8 jenis vitamin B
~ 200mg Kalsium, Magnesium, Zink dan lain-lain

Mealshakes: Membekalkan macro-nutrients, seperti protein. Orang dewasa pun boleh jak ambil MS ni. Sedap. I like - perisa french vanilla. Juga mengelakkan sembelit di kalangan kanak-kanak.

OmegaGuard: Sumber minyak ikan tulen. Sangattttt bagus untuk minda. Ada kandungan EPA & DHA yang sesuai untuk kids. Juga memberi kekebalan sistem imun yang berkesan untuk mereka.

Chew-able Vitamin C: Well, seperti namanya - vitamin C, a do it all vitamin. Budak-budak perlu tau untuk combat cold & flu. Kalau luka & kudis tu cepat kering. Lepas pergi gym, otot cepat recover - ndak lama sakitnya. 

Saya tahu sebab anak saya setiap minggu kena stretch oleh coach dia, hehe ðŸ˜…

My girl pergi kelas gimnastik di Stadium Likas, fee RM50.00 sebulan. Kelas seminggu sekali. Next year, upgrade kepada twice a week class at RM80.00 monthly.

So, as parents, you can decide which 1 to give to your children. 

I give Jasmine all, except for Mealshakes - sebab she minta puji. Mau campur dalam susu botol baru mau minum... hahahah... i always marah her, sudah 8 tahun pun ada hati lagi minum susu di botol ðŸ˜‚

Mau beli 1 atau beli semua, jangan lupa cari saya wokey.

Sharing is caring ðŸ¤—